"Sini Zaf!!!"laung Mikhail meminta Zafril pasingkan bola kepada dia.Petang-petang macam ni elok lah mereka keluarkan peluh sekaligus lemak yang terbina selepas makan segala batu pasir.
"Skill antarabangsa bosskurrr"ligat Mikhail
mengecek bola berwarna hitam itu.Pihak lawan cuba merampas tapi tidak lepas,bukan kaleng-kaleng skill orang bandar ni.Reza bercekak pinggang di tiang gol.Selaku penjaga gol sudah bosan dia mengeluh.Bilalah bola nak sampai dekat tangan dia.Baik letak je batang buah pinang senang.
Dari pemulaan sampai ke akhir bola asyik ke belah sana je.Nama pun main dengan budak-budak memang bukan lawan orang dewasa lah.
"Prikkkkkk 19-0"Encik Mansor selaku pengadil meniup wisel.
"Apa ni Paan,kosong je dari tadi"
"Alah paksur,kitaorang lawan orang besar.Tengok lah saiz kitaorang ni"jawab Paan budak berusia dua belas tahun.
"HAHAHAHHA lain kali minum lah susu biar cepat besar"ejek Mikhail.
"Abang Mika pun bukan sekali teguk terus jadi besar,tak belajar sains ea?"herdikan dalam diberi oleh Syuk budak lelaki berusia sepuluh tahun.
Terus terdiam Mikhail.
"Kusangkakan bapak lagi berbisa rupanya budak lagi deep"baru pertama kali dapat herdikan dari budak bawah umur.Budak zaman sekarang ni,haih.
"One more time ea"Mikhail tunjuk jari satu.Perlawanan akhir akan bermula.
"Prikkkk"wisel permulaan dimulakan.
Diberi pihak lawan memulakan serangan.Paan membawa bola dengan kemas sekali.
"Hah!"sergah Mikhail cuba menakutkan Paan.Apabila bola sampai hadapan dia terus dia jatuh ke tanah.
"Hahahaha bang"ketawa Paan dengan telatah Mikhail.Dia teruskan membawa bola.Sampai depan Johan pula,lelaki itu membuka kaki terus Paan menolak bola melalui kaki panjang itu.
Budak-budak hanya ketawa dengan gelagat abang-abang mereka.Paan pass bola ke arah Badrul rakan mainnya.
Badrul berlari membawa bola ke arah tiang goal.
"Marilah budakkkkk!"raung Reza sudah membongkok untuk sedia menangkap bola dari pihak lawan.
"Come Bad!!!"sokong rakan seperjuangan.
"Dan Badrul mengecek bola untuk buat rakannya bangga terhadap dia,dengan harapan kali ini budak-budak sekolah dapat membawa pulang trofi dan wang berupa satu ringgit sorang"Mikhail berdiri sambil mengambil tugas menjadi mc tidak berdaftar.
Tiada siapa yang menghalang Badrul,hanya Reza yang menanti bola bulat itu.
"Dann dengan itu,fuh skill jaguh dun Badrul buatttt dannn GOLLLLLLL!!!"jerit Mikhail mendapat sorakan dari yang lain.
Tepukan gemuruh diberi kepada Badrul.
"Reza budak-budak pun kalah ke?"Mikhail
mengata Reza.Bola slow macam tu pun tak dapat tangkap."Rumit sangat nak baca arah tuju bro"balas Reza.Susah lah sangat.
"Patutlah bola tak datang dekat kau,tak pandai main rupanya"ketawa kecil Johan.Sama je semua.
"19-1 game ovehhh"laung Encik Mansor mengimbas kain tuala buat kesat peluh.
"Ambil nah beli gula-gula pasir"sorang satu dapat lima ringgit.Wang yang telah Mikhail kutip dari rakannya.Buat baik sekali-sekala apa salahnya.
"Nah bang"
"Apa ni?"berkerut Mikhail melihat suatu benda aneh atas tapak tanganya.
"Gigi saya tercabut tadi"
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...