Menahan debaran bukan sebarang debaran,kini Maisara sudah sah menjadi tunang kepada seorang jejaka yang berjaya mencuit hati yang keras itu.Bagaimana mahu mengambarkan perasaan dia sekarang ni?beri sebuku pun belum tentu muat.
Jari manis sebelah kanan terhias dengan sebentuk cincin permata lagi indah di pandang apabila tersarung pada jari wanita itu.
Maisara mencebikkan bibir taktala ternampak Zafril di kerusi hujung bersama Mikhail.Baju sama warna iaitu maroon pilihan lelaki itu sendiri.Maisara alih kan pandangan apabila lengannya di cuit.
"Kamu nak makan tak?"tanya Puan Siti melihat wajah berseri Maisara.Haih anak umi ni cantik sungguh.
"Nak makan dekat mana?"
"Dekat luar sana lah!"dengan wajah geram Puan Siti berkata.
Maisara tersengih malu,seganlah dia nanti jadi tatapan orang ramai pula.
"Kalau dekat dapur boleh?"
"Hmm yelah"kenal sangat perangai malu tahap empat anak bongsu dia ni.
Maisara apa lagi dah dapat lampu hijau kan terus turun ke dapur.Masa untuk isi perut pula selepas sekian lama berbalas pantun walaupun bukan pakai air liur dia.
Nasi minyak di makan dengan berselera sekali lagak sudah lupa apa yang terjadi tadi.Debaran pun sudah hilang sebaik saja cincin selamat di sarung kan.
Dia sudah bertukar tittle!hua!
"Ehem.."deheman itu menyebabkan Maisara statik mendongak kan kepala.Zafril bulat kan mata sedikit.
Zafril menarik kerusi di hadapan Maisara,wajah cantik tunangnya di pandang tanpa jemu.
Apa pula mamat ni datang sini!kemain dia makan sini sebab tidak mahu bertentang mata haih.
"Baru makan ke?"soal Zafril.Dia datang ke sini pun sebab dari tadi tunggu Maisara di luar tu lansung tak muncul.Di tanya bakal mak mertua dia,maka di sini lah dia.
Tahu lah dia Maisara malu nak berjumpa dengan dia,macamlah aku ni makan orang.
"Hmm"balas Maisara tanpa melihat Zafril.Tak nampak ke tengah makan nasi ni?!
"Terima kasih terima pinangan saya"
"Sama-sama"laju Maisara menjawab.
Zafril tersenyum kecil melihat Maisara yang lansung tidak mahu melihat wajah dia ni.Apa dia tak kacak ke hari ni?padahal tadi dah ambil gambar bersama.Haih.
"Awak tak nak lari ke?"kata Maisara mungkin agak kasar tapi malu dia ni tak boleh di bendung.Mahu saja dia angkat punggung bawa pinggan ni sekali pergi blah.
"Saya teman"balas nya ringkas,lagi pun dia dalam mood gatal ni.Nak tenung anak dara orang kejap.
"Mengarut lah,tak elok berdua-duaan tahu nanti ada orang ketiga"kata Maisara suara di buat garang.
Zafril sembunyikan senyum.
"Siapa?"
"Jin jebon"
Terletus ketawa Zafril,haritu hantu jebon ni jin jebon pula.Macam-macam lah tunang dia,baru tahu Maisara pandai buat lawak.
"Yelah,saya pergi dulu jaga diri awak untuk saya"Zafril bangun kerusi di tolak bawah meja.
Masa ni lah Maisara mendongak melihat Zafril.Lelaki itu memberi senyuman paling manis kepada dia.Maisara juga wanita biasa yang ingin merasakan bahagia,ayat Zafril benar buat kan diri dia suka akan lelaki itu.
Tidak berkelip mata Maisara menhantar pemergian Zafril sampai lah ke pintu.Zafril sebenarnya handsome juga bagi dia kalau di lihat tapi tulah macam tak sepadan pula dengan dia ni.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...