12

1.8K 103 3
                                    


Zafril menguyah roti bersalut kan jem coklat,lebih nikmat jika di cicah dengan air coklat panas panas.Habis sekeping roti dia ambil lagi di masuk kan ke dalam mulut.Itu saja sarapan dia kalau pagi,tidak mahu mengisi perut dengan makanan yang berat.

Puan Sri Fatima menemani anak lelaki nya makan,pukul 9 baru berangkat kerja si Zafril ni.Zahirah pula sudah ke kerja Zayyan pula belum pulang dari travel.

"Kamu tak berkenan ke dengan Seroja tu Zafril?"

Terhenti kunyahan Zafril mata di lirik kan kepada mama dia sebelum kembali mengunyah.

"Mama ingat nak jodoh kan kamu berdua"

Dush !

Payah mahu telan roti bagai kan tersekat di kerongkong.Air coklat di hirup perlahan.Ujaran yang mampu buat dia nak fikir mati.

Puan Sri Fatima menanti balasan dari sang anak.

"Zafril tak berminat ma"

Puan Sri Fatima mendengus geram dengan jawapan Zafril.

"Cuba cakap dekat mama apa yang kamu mahu kecapi sekarang ni?mama tengok kamu tu kerja dah stabil dah boleh tanggung anak orang sangat dah.Apa lagi tak cukup cuba cakap?"keluar sudah segala mak nenek seorang wanita ni.

Zafril mengaru kening,macam mana nak cakap eh?

"Zafril Adhan i ask you"

"Mama Zaf dah lewat ni,ada meeting nanti"tergesa gesa Zafril bangun mengambil kot di kepala kerusi.

"Muhammad Zafril Adhan"

Rapat Zafril memejam mata,mama dia sudah mahu keluarkan kuasa mak mak.

"Sebulan mama bagi kamu masa untuk bawa calon menantu mama,jika tidak mama terima Seroja sebagai menantu mama"tegas arahan dia sekarang ni.

"Mamaaaaa.."

"No excuse Zafril mama tak kisah siapa wanita itu asal kan kamu kahwin"usai berkata Puan Sri Fatima keluar dari ruang dapur.Dia mahu Zafril tahu yang dia tidak main main dengan apa dia kata kan.

Bagi dia Zafril harus berkahwin untuk kecapi kebahagian seperti orang lain.Tak kan nak membujang sampai tua!

"Arhhh"wajah diraup kasar,kusut kepala memikirkan masalah dia dengan mamanya.

"Habis tu kau nak buat macam mana?tak kan nak terima Rojak Se...Sese apa tah"lantaklah apa nama pun.

"Jadi bini kau?"kata Mikhail lagi kepada Zafril yang terbaring atas sofa.

"Aku tak nak,jauh beza aku dengan dia"Zafril sudah scan habis gaya Seroja yang bagaikan banyak makan modal itu.Lihat saja jam tangan di pakai semalam fuh mahal mak ai.Taraf cartier tu,bila suruh basuh pinggan?

"Tak nak lah mummy rosak kuku adik nanti"

Habis tu nak suruh aku beli mesin basuh pinggan ke kahwin nanti,takpun bankrup pakai sepuluh bibik dalam rumah.

"Habistu?"

Zafril bangun dari baringnya,badan di bongkokkan sedikit kedua tangan bertaut.Mata di picil melihat wajah Mikhail.

"Aku nak masuk meminang adik kau"

"Whattttt!!!the f !!!"berdiri tegak Mikhail sekali dengan jeritan kuat.Zafril menutup mukanya dengan tangan kiri.

"Weh Zafril Adhan kawan aku! kau ni biar betul !!"soal Mikhail tidak puas hati,dia bertukar duduk di sebelah Zafril.

"Listen Mika aku bukan nak pergunakan adik kau tapi aku dah lama sukakan Maisara"Zafril cuba jelaskan keadaan dia sekarang ni.Dia takut Mikhail berfikir yang dia mahu kahwin dengan Maisara disebabkan mama dia.No!

"Whattttt!!!" sekali lagi Mikhail menjerit kali ni lebih kuat dari yang tadi.Ini semua gila!

Telinga kanan di pekup dengan bantal.Sakit telinga mendengar jeritan nyaring Mikhail.

"Since when ?"

"Dua tahun lepas"

Laju tangan Zafril menutup mulut Mikhail yang mahu menjerit.Sudah lah tu!

"Hmpphh!"

Zafril turun kan tangannya.Mikhail mendehem betulkan anak tekak.

"Okay sekarang kau dengar aku nak cakap..kau tahu kan adik aku tu ada trauma tahap seribu satu,walaupun aku abang dia aku tak yakin dia nak dekat kau ke tidak"melebar Mikhail berkata.

"Tch!"ya benar kata Mikhail itu,dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu mula kan.

Mikhail meletakkan tangan di dagu sambil mata di pejam.Begitu sulit melupakan raihan...Buka mata semula dia pandang Zafril atas bawah.

Layak ke kawan aku ni jadi adik ipar aku?

___________

      Maisara membawa bakul berisikan baju yang baru siap di basuh ke ampaian luar rumah.Sebelum panas hilang elok sangat jemur baju.Nanti cepat kering,bawa naik lipat selalu.

Hari khamis memang hari cuti dia,bersambung dengan esok jumaat.Sekarang hidup dia sedikit bosan apabila Mayra sudah menikah jarang kakak nya pulang ke sini.Duduk dengan suami lah pula,pilih suami kan duduk jauh!

Maisara menjemur baju diikuti dengan mulut nya bernyanyi kan lagu.

"Assalamualaikum.."

"Waalaiku...musalam"kelat wajah Maisara apabila memusing kan badan.Kain batik milik Puan Siti yang basah itu di bawa ke dada.

Terkejut Maisara melihat Ustaz Daud yang memberi salam,Maisara diam saja apabila Ustaz Daud tidak mahu membuka mulut.

Maisara tidak selesa apabila pandangan mata lelaki itu ke atas dan bawah seperti menscan tubuh dia.

"Erk..ada apa ya"jantung Maisara mula sesak.

Ustaz Daud tersentak sedikit senyuman kecil di buat buat.Baru saja di mahu membuka mulut suara Encik Mansor kedengaran di belakang nya pantas dia memusing kan badan.

Maisara tarik nafas lega,Encik Mansor jadi penyelamat dia.Cepat cepat Maisara sidai kain dia mahu lari dari Ustaz Daud.

"Encik Mansor..."Maisara di pandang sekejap,laju tangan wanita itu buat kerja.

"Ada apa Daud?"Encik Mansor datang membawa sebilah parang.Baru balik dari kebun,di dahi terikat sehelai kain.

"Saya datang ni nak cakap sikit pasal program kita esok tulah"kata Ustaz Daud sudah duduk di hadapan Encik Mansor.Sempat mata dia mengejar langkah Maisara yang berlari anak masuk ke dalam rumah.

Maisara menutup rapat pintu dapur,turun naik dada dia berlari.Dada di usap kasar menhilang kan debaran dia.

"Ya Allah,kau tenangkan lah aku"doa Maisara.Walaupun dua tahun sudah berlalu dia masih tak boleh hadap dengan Ustaz Daud.

Bakul di letak tepi tangga,dia naik ke bilik dia.Punggung di labuh atas kerusi meja berhias,tapak tangan menyentuh pipi kanan.

"Sampai bila aku nak hadap trauma ni?sampai bila aku nak berlari dari melarikan diri?"soal nya sendiri.Hakikat nya dia tetap Maisara yang lemah bila melihat lelaki.

Kerap kali juga dia bertembung dengan Ustaz Daud,hanya sapaan biasa.Ada juga Ustaz Daud mesej dia,tapi hanya bertanya kan khabar dia saja.Maisara balas acuh tak acuh dia malas mahu melayan lelaki itu.Nombor lelaki pun dua tiga orang saja dia ada.

Kawan pondan dia Faris team bola jaring,abang dia Mikhail dan Kumar budak berlainan bangsa juga slay macam Faris.

Selesai terapi kan diri sendiri Maisara keluar dari bilik.Hendak beres kan ruang tamu pula,penyapu tersandar di dinding diambil.Lantai licin itu di sapu hilang kan sedikit habuk habuk yang datang bertapa.

Itu saja perkerjaan dia hari cuti,hanya terperap dalam rumah berbanding pergi berjalan jalan.Kawan perempuan pun dia kurang,yang kekal seorang dua je.

Kawan ramai-ramai kalau tikam belakang buat apa simpan kan.Baik buang je,tak boleh pakai lama.


TBC

Jangan lupa vote yaa ><

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now