30

2.1K 117 2
                                    

Zafril menyiapkan kerjanya yang tergendala beberapa hari lalu.Timbunan fail sebelahnya dipandang dengan riak penat.Sampai bila ini semua mahu habis?

Tak semestinya syarikat ini kepunyaan dia dan mempunyai ramai pekerja dia boleh lepas tangan begitu saja.Masalah yang mendatang semua atas kepala dia.Hanya Gina orang kepercayaan yang boleh urus masalah yang sama dengan dia.

"Tuan..ni laporan baru tuan Zahid baru saja send pagi tadi.. "sekeping fail bertukar tangan.Gina berdiri tangan disatukan melihat bosnya.

Zafril serius membaca laporan tentang data syarikat dia pada setiap bulan.Syarikat yang ditinggalkan oleh arwah papa mereka tidak pernah lagi merasa kerugian sepanjang ia tubuh.Bahkan mereka berdua lebih mendalami ilmu bisnes semenjak mereka tahu bahawa ini adalah warisan keluarga mereka,sumber rezeki mereka sekeluarga.

"Thanks Gina"Zafril beri senyuman kepada Gina yang ayu pakai baju kurung.Senyum tersipu-sipu macam nak advance je.

Semua perkerja syarikat ini harus memakai pakaian sopan,kalau tidak berhijab sekalipun tetap kena pakai pakaian yang tertutup seperti seluar atau berbaju kurung.Tiada istilah syarikat gah pekerja kenalah berpakaian gah juga.

Kemas tapi tidak selekeh.

"One more esok tolong jadi alarm saya ea,pukul sepuluh pagi dengan Zahid"pinta Zafril berbaur arahan.Dia ni selalu lupa kalau ada mesyuarat penting,ada Gina hari dia selamat kalau tiada huru-hara sikit.

Sebab tu kalau nak cari pensonal assintant kena cari yang cekap dan handal dalam pelbagai kerja.Gina samua perkara boleh buat,cakap je tiada satu pun yang terkecuali.Orang kanan paling berharga!

"Baik tuan,saya keluar dulu"kepala menunduk hormat.Arahan diterima dengan baik,keluar ni terus kena tulis takut diri sendiri yang lupa.

Zafril menyambung membuat kerjanya,jadual dia untuk seminggu ni tidak padat mana,bolehlah santai-santai sambil memikirkan kehidupan yang akan datang.

Soal perkahwinan dia dan Maisara dibisukan.Dia tidak mahu heboh kepada anak pekerja syarikatnya.Bukan penting sangat pun untuk mereka tahu.Hanya Gina satu-satunya yang tahu.Senang nak berusan kalau Maisara datang ke sini.

Dalam sibuk membuat kerja diri dia merindui isterinya di Kelantan.Lamanya nak tunggu seminggu,Maisara pun balas macam tak nak balas je mesej dia.Apa yang sibuk sangat wanita tu.


******

   Maisara menorak langkah ke arah Puan Siti yang duduk bersimpuh atas tikar mengkuang.Dia duduk bersila hadapan Puan Siti.Mahu menolong uminya membuat kuih kampung iaitu cemek molek.Sedap manis di dalam.

Puan Siti ni amat tere bab-bab menguli kuih,air tangan yang paling sedap bila masuk ke dalam mulut.Terus turun ke perut,nikmat tu ada.

"Kamu dah berhenti kerja?"tanya Puan Siti memandang sekilas anak bongsunya.

"Dah umi..diluluskan"kata Maisara ceria,dua hari lepas dia dah hantar surat berhenti,semalam baru diluluskan.Mujur tidak banyak karenah.

Kadang sayang juga mahu tinggalkan sumber rezeki dia yang sempat berkhidmat sekejap saja.Tapi apakah daya arahan seorang suami itu lagi wajib dituruti berbanding diri sendiri.Nasib dapat suami banyak kad empat segi.

"Duduk rumah sendiri nanti pandai-pandai jaga makan pakai suami,dia penat kerja cari rezeki,awak layanlah dia seperti layaknya seorang suami,jaga perasaan suami kalau nak rumah tangga bahagia"

Hanya kepala terangguk-angguk mendapat pesanan percuma dari uminya.Tiba-tiba raut wajah kacak Zafril datang menerjah kotak kepala dia.Apa lah lelaki itu buat sekarang?

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now