Rumah adik kepada Puan Sri Fatima riuh-rendah sekali dengan suara saudara-mara yang datang bertandang.Tak cukup air liur semua kaum nak keluarkan suara nak bercakap.Naik kejung lidah.Anak saudara kepada Puan Sri Fatima baru pulang dari oversea dua hari lepas selepas menamatkan pengajian tinggi di U.K.
Jadi bagi menyambut kepulangan sepupu kepada Zafril,Puan Normah menjemput semua keluarga terdekat bagi meraikan kejayaan Tasha.
Zafril berjalan ke arah kolam dengan tangan mengendong anak saudaranya.Anak kepada Zahid,Dhia berusia lima tahun.Paling rapat dengan Zafril berbanding si adik.
Tubuh Dhia diletak atas meja bulat dan Zafril duduk di depan Dhia atas kerusi.Pipi gebu Dhia dicubit lembut,pipi ni makin besar dan makin naik.Buatkan dia nak kunyah-kunyah macam gula-gula kapas.
"Pakngah"
"Um.."
"Pakngah?"panggil Dhia lagi,pakngah dia sibuk bermain telefon.
"Iye.."jawab Zafril perlahan,dia sedang membalas mesej Gina tentang kerja yang telah diberi tugas untuk wanita itu.
"Pakngah"masih tidak putus Dhia memanggil walhal Zafril sudah membalas sahutan dia.
"Iye sayangggg..kejap Dhia,urgent"jawab Zafril mencubit pipi Dhia sekejap.
Dengan itu Dhia terus diam,pipi seperti dicucuk dengan serbuk penaik saja.Zafril simpan telefon dalam poket,masa untuk berbual dengan anak buah pula.
"Kakak sekolah okay tak?"soal Zafril mengajak Dhia berbual.
"Otey cikgu shemua baik-baik,Dhia shuke pergi shekolah ramai kawan.."celotah Dhia dengan pelat S.
"Cikgu cantik tak?"
"Cantikkkk cam ginii"balas Dhia menaikan tangan membuat thumbs up.Perbuatan Dhia mengamit ketawa halus Zafril.Pandai lah dia ni.
Rambut Dhia diselitkan celah telinga,angin kuat habis terbang rambut.Tumpang kasih anak orang lah anak sendiri tak ada lagi.Masih single avaiable.
"Kak Tasha.."jerit Dhia.
"Hai comel bucuk bucukkkkkk.."pipi itu menjadi sasaran Tasha pula.Dia labuhkan duduk sebelah Zafril.
"Sihat Zaf?"soal Tasha senyum pandang sepupu lelakinya.Makin berumur makin kacak Zafril di mata dia.Maklumlah saham dah naik sekarang.
"Hurmm.."
"Congrats atas pertunangan awak,sorry saya tak dapat hadir"kata Tasha lembut.Rambut Dhia dielus sebelum anak itu meminta Zafril turunkan dia mahu masuk ke dalam rumah.
Dhia diturunkan,berlari laju budak tu masuk ke dalam rumah, dahaga katanya.
"Thanks"
Tasha senyum nipis dengan balasan dan nada Zafril seperti tidak mahu bercakap dengan dia.Panjang lebar dia bercakap hanya sepatah Zafril balas.Jual mahal betul jejaka itu.
Zafril bermain dengan telefon bila terasa tidak ada topik untuk dibualkan.
Zafril toleh ke kanan dek dengan tepukan kasar pada bahu dia.Berpusing kepala dia mengikut langkah sepupu dia seorang lagi.
"Dating ea"sakat Rizky berkata kepada sepupu-sepupu dia.
Zafril pandang Rizky dengan riak malas,Rizky muda empat tahun dari dia tapi perangai macam budak-budak.Nakal tahap empat,suka buat lawak dan sakitkan hati orang dengan ayat random.
"Yelah yelahhh,kau dah habis kan?"Rizky gerakkan badan dia sedikit dari melihat Zafril ke Tasha.
"Hurmm.."
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...