16

2K 112 1
                                    

"Minta petunjuk dari Allah,mungkin ini terbaik untuk kau,dah tiba masanya kau dilindungi oleh lelaki yang sepatutnya"

"Aku berbelah bahagi nak terima tau tak,lelaki tu pun aku tak kenal weh"keluh Maisara tentang lamaran lelaki misteri itu.Encik Mansor langsung tidak berniat nak beritahu.

Maisara meluah perasaan kepada sahabat karib dia melalui telefon.Banyak sudah dia pakai nasihat orang,ada yang masuk dalam kepala ada yang tak.

"Apa kata kau tanya je siapa lelaki tu.."

"Aku dah tanya diorang macam tak nak kasi tahu"keluh Maisara lagi,kenapa berat sangat semua orang nak beritahu?anak raja ke apa lelaki tu?

Bagaimana dia mahu buahkan perasaan dan beri kata putus kalau lelaki tu pun dia tak kenal?Betulkah  dia tidak kenal lelaki itu?haih penuh dengan misteri jodoh dia ni.

Maisara matikan panggilan yang berdurasi dua jam.Panas telinga dia telefon melekap dari tadi.

Dia berbaring atas katil kedua tangan di depa panjang.Kaki berlunjur rapat sambil di goyang
kan ke kanan dan kiri.Bibir dijuih ke depan.

Tiba masa untuk dia fikir matang,solat istikarah pun sudah di buat meminta petunjuk.Dan muncul wajah seseorang di dalam mimpi dia,tapi kurang pasti.Samar-samar diingatan nya.

Maisara bangun pantas keluar dari bilik,dia mahu bercakap dengan umi dia sekarang juga.Ada sesuatu nak disoal.

"Umii"laung Maisara perlahan.Kening bertaut kemana umi pergi.

"Umiii"

"Siniiii"laung Puan Siti pula dari belakang rumah.

Maisara senyum kecil kaki berjalan turun dapur.Apa lah umi buat malam -malam macam ni dekat luar tu.Haih dah lah sorang diri.Mayra dan Mikhail sudah balik ke tempat kedua,di sisi suami dan di rumah bujang.

Jadi tinggallah mereka tiga beranak dekat sini.Hmm.

"Umi buat apa tuu?"soal Maisara semasa melintasi pintu.

"Saja je sambil tunggu ayah kamu balik dari masjid"

Maisara mengambil tempat di sebelah Puan Siti.

"Umi Maisara nak tanya sesuatu ni"sengih Maisara harap umi jawab lah.

"Apa?"balas Puan Siti dengan lembut.

Maisara menguman manja..lama..

"Siapa lelaki yang umi maksudkan tu?boleh Maisara  tahu?"seperti anak yang ingin beli coklat Maisara berkata.Lembut sekali banyak bodek.

Puan Siti simpan senyum dalam hati,sudah fikir anak dia akan tanya soalan ni.

"Umi tak boleh nak beritahu tapi apa kata adik pergi jumpa dia nak?"

"Eh umi ni,mana boleh berdua duaan"laju Maisara membantah.Kenapa pula umi dia ringan saja bagi keizinan jumpa lelaki tu?

Puan Siti senyum senang mendengar jawapan dari Maisara.Syukur anak perempuan dia jaga batas.Saja je test cuba try tadi.

"Kalau macam tu nak suruh umi jemput dia datang rumah ke?"sarannya.

"Boleh ke?"soal Maisara sedikit takut.Dia nak sangat jumpa lelaki tu,nak tengok personaliti lelaki tu macam mana.Sesuai ke tidak dengan dia yang banyak kekurangan ni.Kalau anak raja dia terima je.

"Nanti umi tanya ayah dulu yaa"

"Baik umi.."kepala disandar pada bahu Puan Siti,entah kenapa jiwa dia tenang bahaskan soal ini.Selalunya hati dia gusar kalau umi dan ayah sentuh bab lelaki apatah lagi kahwin.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now