Zafril memasukan bagasi milik dia dan Mikhail ke dalam bonet kereta.Datang bawa satu beg je masa nak balik banyak pula beg.Puan Siti memberi satu plastik buah mangga kepada Zafril sebagai buah tangan dari kampung.
Susah nak dapat isi yang elok,ni segar dari kebun Puan Siti petik waktu subuh tadi.
"Jangan lupa balik nanti bawa kakak ipar sekali ya"Maisara menyakat abang nya.Tangan kekar milik Mikhail di salam.
Mikhail menyekeh kepala Maisara,pandai sangat !
Maisara menyungging senyum terkena sekehan lembut dari abang nya.Mikhail bersalam dengan Mayra pula kemudian dengan orang tua dia.
Zafril berjalan ke arah Encik Mansor,mereka berpelukan mulut Encik Mansor menitip kan sedikit pesanan untuk Zafril.Belakang badan lelaki itu di gosok seakan memberi kehangatan dalam diri lelaki dia.
Senyuman di ukir untuk ketiga wanita di situ.
"Ada masa datang lah Zafril deh"
"Baik,terima kasih umi ayah sebab tumpang kan Zafril dekat sini"
"No hal lah,tetamu membawa rezeki.Rumah ini selalu terbuka untuk kamu"
Zafril menangkap kata Encik Mansor dengan sopan.Sekian kali dia mengucap kan terima kasih sebelum badan masuk ke dalam kereta bahagian pemandu.
"Bye!"laung Mikhail kuat dari arah tingkap.Zafril angkat tangan selepas menbunyi kan hon.Cuti mereka sudah habis untuk terus di sini.Rumah kedua sudah menjerit suruh mereka pulang.
Zafril meyembelahi jalan dalam kadar yang selamat.
"Arh tak sabar nak hadap kerja,buat duittt"
"Apa yang sedap nya kerja,aku ni dah nak naik muntah tahu"
"Itu kau,ini aku.Kerja aku tak macam kau yang goyang kaki pun duit masuk"
Zafril ketawa kecil.
"Aku tumpang harta mak bapak aku je"kata Zafril pendek.Dia tidak mahu membahas isu dia sekarang ni.
"Semua tu rezeki dari tuhan,bersyukur"
Zafril menguman,malas lah nak cakap.Mikhail ketawa melihat reaksi wajah kawan nya sudah tahu hidup lelaki itu macam mana.
___________
"Thank tho jumpa next time"
"Bereh cau"
Kereta Mikhail berdesup keluar dari halaman rumah Zafril selepas menhantar lelaki itu ke pangkuan keluarga.
Zafril memberi salam sebaik saja membuka pintu,tiada siapa nak sambut dia ke?
"Angah!!"tubuh Zafril di peluk erat.Belakang badan Zahirah di gosok lembut.
"Mana mama dan yang lain?"soal Zafril usai pelukan sudah di lepas kan.
"Mama kat atas solat rasa nya"Zahirah mengambil plastik di tangan kanan Zafril.Tersungging senyum dia melihat isi plastik.
"Buah mangga bang,mana dapat ni?"
"Rumah Mikhail,mak dia kasi"Zafril mengusap kepala adik bongsu dia kemudian kaki di atur naik ke tingap terletak nya ruang tidur dia.
Zahirah sudah berlalu ke arah dapur bila dah dapat makanan.
"Bapak kami sudah pulang macam janji nya cucur adabi yang enak"
Terhenti tangan mahu memulas tombol pintu,Zafril toleh ke kanan.Sepasang mata sedang mengintai dia dari celah pintu.
"Hmm tak kerja?"soal nya di abai kan nyanyian adik dia.
"Cutiiiii"balas Zayyan meleret,dia mengerluarkan tubuh nya dari bilik.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...