Tepukan pada bahu menganggu lena dan mimpi indahnya.Maisara mengeliat kecil terasa tegang segala urat dalam badan.Tidur lepas zohor ni sedap pula rasanya.
Belakang tangan menutup mulut yang menguap lalu mengaru pipi yang tidak gatal.Bukan bangun malah sambung semula tidur,dibenamkan wajah ke dalam kusyen.
"Mengantuk sangat lah tu,semalam tidur pukul berapa lah budak ni"omel Puan Siti menyelak rambut Maisara yang sudah serabai akibat tidur buas.
"Tak apa lah umi,biar lah dia tidur"ujar Zafril lembut melihat sekunjur tubuh isterinya.Terusik hatinya dengan kecomelan asal Maisara.
"Umi nak solat kejap.."pinta Puan Siti mendapat anggukan Zafril.Tubuh tua itu dihantar sehingga hilang disebalik dinding bilik.
Zafril beralih tempat duduk, sofa empuk menjadi pilihan dia,dekat sikit dengan isteri dia.Tangan panjang menarik rambut yang menutupi wajah wanita itu,polos sekali raut wajah Maisara apabila tidur.
Rindu isteri punya pasal selepas selesai saja kerja di pejabat terus dia memecut datang ke sini.Tubuh masih dalam pemakaian kerja.Rela tak rela dia demi isteri.
Tersengih Zafril melihat muka Maisara berkerut akibat belaian dia pada pipi itu.Saja nak kacau tidur Maisara,kita ni tak sabar nak peluk.
"Umi.."dalam mengantuk Maisara salahkan umi dia.Badan menukar posisi ke kanan,mata perlahan terbuka mulut sedia ingin melempar bebelan kepada uminya.Orang dahlah mengantuk tahap tak boleh nak buka mata.
Terkejut Maisara pupil mata disapa dengan wajah tampan Zafril.Lelaki itu senyum melihat dia.Laju badan itu bangun dari baring.Mata ditenyeh berkali-kali mahu memastikan sama ada betul atau tidak di depannya sekarang ini adalah Zafril,suami dari langit.
Dan ya itu betul Zafril.Kenapa datang tak beritahu!Kedua tangan mengelap sekitar mulut takut ada air liur basi,jatuh maruah dia kan kalau lelaki itu nampak.
"Kenapa tak cakap nak datang?"zahir Maisara dengan riak tertanya- tanya.
"Saja.."punggung beralih duduk di tepi Maisara.Rambut wanita itu di mgenggam lalu di bawa ke bahu kiri.
Telan air liur Zafril saat melihat lekuk kepala belah kanan Maisara tanpa sebarang halangan.Telinga yang merah dan bahagian leher yang putih.
Maisara perasan kemana anak mata Zafril melihat segera dia menarik kolar baju menutupi leher.
Zafril berdehem lari kan anak mata gatal dia.Ya Allah peliharakanlah iman aku ni!tak kuat !
"Awak dari mana?"Maisara memerhati pakaian Zafril dari leher sampailah ke kaki yang berstoking.Nampak macam baru balik dari kerja je.
'Jangan cakap datang sini semata-mata nak ambil aku'bisik hati Maisara.
"Kerja.."
"Kawasan sini ke?"tanya Maisara.
Zafril mengeleng.
"Baru sampai ke?"soalnya lagi.
Dan soalan itu dapat anggukan dari Zafril.
"Kenapa datang hari ni?sepatutnya lusa kan?terkanjal sekejap Maisara tidak percaya jawapan sang suami.
"Why?awak tak suka saya datang ke?"sedikit terasa hati lelakinya.Ibarat kehadiran dia di sini langsung tidak mendapat sambutan dari si isteri.
Laju Maisara geleng kepala.
"Bukan itu maksud saya,maksud saya kalau awak sibuk tak payah lah susah-susah datang,lusa cuti kan"terang Maisara cuba betulkan salah faham Zafril.Umi pesan layan suami elok elok.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...