22

2.2K 108 5
                                    

Laju jari jemari mengetik papan kekunci siapkan tugas yang baru diberi oleh bosnya.Waktu tengah hari pun dah nak dekat.Sikit lagi nak siap ni,tak boleh tangguh nanti makin banyak kerja dia.Makin berputar otak dalam kepala.

Siap separuh Maisara berhenti rehatkan kesepuluh jari yang hampir cramp.Badan diregangkan ke kanan dan kiri.Mata melihat satu persatu wajah rakan kerjanya.Ada yang sudah berura mengemaskan meja untuk keluar makan tengah hari.

Jadi perlukah dia kemaskan juga?perut berdendang sayang nak nasi ayam Pak Jali.

"Ka..."terhenti Maisara mahu memanggil kawannya apabila telefon berbunyi menandakankan ada orang telefon.

Zafril ukulele

"Kenapa pula dia call ni?"biasa mesej je.Nak angkat ke tak ni?lama berfikir dia pun menekan punat hijau.Tak baik buat orang menunggu.

"Assalamualaikum sweet"

Erk ! sweet pulak dah!

"Waalaikumusalam,ada apa?"tegang Maisara bertanya sambil tangan lincah menyimpan dokumen fail dalam pc.

"Saya ada dekat luar tempat kerja awak ni,nak ajak lunch sama-sama"

"Ha!" keluar jeritan nyaring Maisara.

"Kenapa Sara?"soal Dara dek terkejut.Macam kena sambar petir.

"Ha hehe tak ada apa-apa"sengih Maisara malu.Kepala ditunduk tangan kanan menutup bahagian bawah telefon.

"Kenapa awak dekat sini?"bisiknya perlahan.Muka sudah cuak.

"Kan saya dah kata nak ajak awak lunch"jelas Zafril lembut.

"Tak payahlah saya boleh makan sendiri"ujar Maisara tanpa bersalah.Ayat Maisara mengundang keluhan daripada Zafril,Maisara mengigit bibir.

"Takpa lah kalau macam tu,saya balik pahang dulu lah.Assalamualaikum"

Tut..tut..

"Alamak"Maisara menepuk dahi,Zafril tutup telefon macam tu je?dia dengar nada Zafril seperti berjauh hati.

"Teruk sangat ke aku ni?"dahlah datang jauh-jauh.Jam di tangan dikerling sekilas sebelum menyambar beg silangnya.

Berlari laju dia keluar dari tempat kerja,buka pintu utama dia nampak kereta yang cukup dia kenal.Kereta itu baru berura mahu bergerak.Segera Maisara dekati.

Zafril yang perasan kelibat Maisara itu berhentikan kereta.Tingkap diturunkan.

"Ada apa?"Zafril pandang Maisara pelik,kelihatan megah wanita di hadapan dia ni.

"Maaf,awak nak lunch dekat mana?"Maisara mengecilkan mata melawan sinaran matahari yang elok terpacak atas kepala dia.Malaysia so hot.

"Come masuk dulu panas ni"arah Zafril.Nak je tarik budak kecil ni.

"Takpa ke?"soalan apalah kau tanya ni.

"Sokay cepat"gesa Zafril tak boleh melihat tunang nya kepanasan.Peluh pun dah mula nak keluar tu.

Maisara berfikir sejenak,halal tak ni?

Zafril simpan senyum,boleh pula Maisara mengelamun depan dia ni.Comel !

"Cepat sayangggg,panas ni"

Maisara tersentak dari lamunan lalu membawa badan ke ruang penumpang.Masuk saja tali pinggang terus di pakai ke badan.Maisara mengecilkan badannya,tidak biasa naik satu kereta dengan lelaki.

"Jangan panggil saya dengan nama tu"

"Sayang?"

Laju Maisara menoleh sebelah,padangan tidak puas hati diberi kepada Zafril.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now