57

1.2K 60 2
                                    

Zafril terjaga dari tidur setelah dikejutkan dengan tanggisan Zahin.Dia lihat isterinya sekilas,nyeyak ibu itu tidur.Dengan rajin dia bangun ambil Zahin dengan berhati-hati lalu dibawa keluar dari bilik.

Sambil medukung Zahin Zafril mengeluarkan susu badan dari peti sejuk kecil yang khas untuk susu Zahin saja kemudian dipanas susu tersebut bagi suam.

"Ololoo anak papa nak susu ea?sekejap ya sayanggg bucuk bucukk"pujuk Zafril ala ayah mithali.Ditepuk pada bahagian peha mahu hilangkan tanggisan Zahin.

Zahin menunjukan gusi yang masih tidak berpenghuni kepada papanya.Alahai comelnya dia senyum dalam tidur.

"Mesti papa handsome kan?sampai Zahin senyum tengok papa kan??"Zafril angkat bakul sendiri depan anak.

Zahin sengih lagi,haha betul lah papa dia handsome kalah tom cruise.

Susu badan yang sudah siap dipump Zafril ambil lalu dimasukkan ke dalam mulut kecil itu.Laju saja Zahin mengeyut puting susu.Lapar benar ni walaupun perut dah kembung penuh dengan susu.

Baru dua minggu jadi ayah ni tipu lah kalau tak sukar jaga anak kecil kan.Banyak yang dia belajar apabila pertama kali jadi ayah ni.Cara bendung anak lah cara dukung yang betul lah cara beri susu lah.Puan Sri Fatima kekadang datang menjenguknya nak tengok perkembangan.

Sempatlah dia berguru dengan Puan Siti di kampung selama dua minggu.Dua minggu lagi Zafril buat keputusan ingin uruskan Maisara.Dia mahu belajar jikalau ada rezeki tambah anak lagi.

"Kenapa tak kejutkan saya?"sapa suara serak Maisara.

"Eh sayang kenapa bangun?"Zafril melihat wajah mengantuk Maisara itu.Isteri nya duduk di sebelah dia.Maisara mengusap kepala Zahin yang belum di botakkan lagi.Lebat kemain rambut anak mereka.

"Sayang ada nak apa apa ke?"soal Zafril lagi.Maisara mengeleng kepala,isteri dia ralit dengan anak.

Maisara bangun ni pun sebab Zafril hilang di sebelah dia.Tengok babycoat juga kosong,memang sah Zafril bawa keluar susukan anak.

"Comel kan anak saya?"tanya Maisara menhidu bau dari badan Zahin.Wangiii!!!

"Yelah benih saya kan"balas Zafril selamba mendapat jelingan dari Maisara.

Yelah..ko tumpangkan je dalam perut aku ni!

Maisara membetulkan kain batik nya,di dahi nya menempel pilis yang mempunyai banyak kebaikan nya.Contohnya,Mengurangkan rasa panas di kepala,melancarkan peredaran darah,menyegarkan mata dan mengelak dari darah putih naik ke kepala, memberi keselesaan pada ubun dan banyak lagi.

"Jom masuk tidur,awak tu tak boleh kurang tidur nanti sakit"

Maisara bangun berjalan di hadapan Zafril,dia ditempatkan bilik bawah bila keadaan susah nak berjalan.Walaupun rasa beranak tu sudah tiada tetapi percaya lah ngilu itu masih tersisa.

Zahin diletakkan ditengah-tengah antara mereka berdua.Nanti kejut senang bagi susu disini saja.Bayi comel itu sudah kekenyangan minum susu ibu.

Agak-agak rasa macam mana ea?

Zafril membetulkan bantal Maisara terlebih dahulu memberi keselesaan,kemudian stoking yang melurut jatuh itu ditarik ke atas.Kain batik di betul kan supaya angin tak masuk dari bawah.

Maisara senyum senang dengan layanan terbaik Zafril.Kalau macam ni nak beranak tiap tahun lah.

Zafril berbaring di sebelah Maisara,tak boleh nak ganas sangat tidur sekarang ni meraung wanita itu kesakitan.Ada sekali dia tidur buas kaki sampai atas peha Maisara.Aduh mat nyaring sekali pekikan Maisara.

Habis keesokan hari Puan Sri Fatima membebel kepada dia Maisara mengadu.Hurm nasib badan.

_______________

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now