Bulan yang ditunggu sudah pun menjelma kembali.Selamat menyambut bulan penuh berkat .Pagi ini sahur pertama mereka sebagai suami isteri.Dengan itu,Maisara bangun paling awal berbanding suaminya.Entah kenapa rasa semangat nak puasa bersama pasangan sungguh gembira sekali.
Makanan ringkas saja Maisara juadahkan hanya nasi putih dan sardin,tak lupa kurma.Siap hidang Maisara bawa langkah naik ke bilik hendak kejutkan bigfoot yang enak tidur,mentang-mentang dah ada orang uruskan tidur terbongkanglah.
Lampu bilik dibuka terang bersuluh, nampaklah sekunjur tubuh Zafril yang masih lena.Dia menepuk lengan berotot yang terdedah itu.
"Abang bangunnn..sahur.."kejut Maisara mengoyang tubuh Zafril.
"Hurmmmm"sekali kejut sudah bangun.Orang macam ni senang buat kira.
"Bangunnn,sahur dah nak habis ni.."tipu Maisara pakai taktik mak-mak cara kejutkan anak.Padahal lagi setengah jam mahu habis waktu.
Zafril mengeliat besar tangan menekup mulutnya yang menguap besar.Sedap tidur woi!Maisara berlalu ke bilik air ingin melepaskan hajat.Zafril mengaru leher dengan mulut menguman kecil.Berat mata ingin mencelik.
Turun saja dari katil dia ke bilik air mahu membasuh muka.Bak pantang larang si isterinya,tidak suka bangun tidur terus makan dengan wajah sembab tidur,tidak sopan katanya.
Maisara yang basuh tangan itu terkejut dek bunyi seperti pintu terbuka.Dia melihat pada pantulan cermin.Zafril dengan wajah tidur datang ke arahnya.Bangun tidur pun kacak,kalah thor.
"Saya tunggu kat bawah"kepala paip ditutup,Maisara merenjis air tangan ke dalam singki.
Baru saja Maisara hendak memusingkan badan Zafril sambar pinggang Maisara lalu melabuhkan dagu dia atas bahu Maisara.
"Tolongggg.."meleret suara serak basah meminta bantuan.Sempat dia curi cium pipi Maisara.Pipi ni buat dia geram,makin tembam.
"Eeee awak ni melekat lah air liur basi nanti"marah manja Maisara mengelap pipinya.Padahal tiada pun saja buat-buat ada.
Berkerut dahi Zafril.Dia cakap aku ada air liur basi?dehek!
"Mana ada!"nafi Zafril tidak puas hati.Selama dia hidup ni,semasa umur 12 tahun adalah umur dimana kali terakhir dia tidur mulut terngaga tahu!
Maisara gulingkan mata ke atas,ambik lah menang belah dia nak layan lama-lama takut ada yang menanggis karang.Maisara relakan saja diri dia menjadi pembasuh wajah Zafril tak berbayar.
Maisara menepuk dada Zafril untuk alihkan dagu lalu Maisara memusingkan badannya sedikit.Paip air di buka kembali,kepala Zafril di bawa ke depan seinci takut air jatuh membasahi baju suaminya.
Air di bawa membasuh wajah ngantuk Zafril selepas itu Maisara membasuh rambut sedikit.Macam bagi mandi budak kecil je.
"Okay done..jom"
"Thankyou cinta"
"Sama sama"Maisara merangkul lengan Zafril keluar dari bilik tidur.Sebelum keluar Zafril menutup lampu bilik lalu turun ke dapur.
Sebelum ni kehidupan bujang dia Puan Sri Fatima yang kejut kan dia tapi kali ni lain ada sang isteri tercintah yang kejut kan.Yahoo ! korang bila nak kahwin tak penat ke asyik membujang je(?).
"Mengantuk nya ya Allah,dah lah tak kejut sahur"
"Kesiaannnn"serentak Airis dan Maisara berkata.
Tiga orang rakan kerja saling berbual kosong sambil menatap skrin komputer dan kertas.Kalau dah puasa waktu tengah hari pun manalah boleh pergi makan.Jadi duduklah hangatkan lagi kerusi.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...