51

839 49 0
                                    


  Masam mencuka wajah Maisara sambil berpeluk tubuh.Mata dari tadi tak lepas tengok suasana di luar tingkap kereta.

Diam dalam kereta mereka berdua,perjalanan kali ini mereka akan pulang ke kampung.Sepupu Maisara akan melansungkan perkahwinan.Jadi dia wajib hadir.

"Sayang lapar tak?"tanya Zafril menoleh sekilas wajah Maisara.Dalam hari bersorak riang dapat berdua-duaan dengan bini.Ahaks!

"Tak"sepatah dia jawab dengan suara mendatar.Suami dia ni buat-buat macam tiada masalah je.Kita ni kemain pendam masalah.

Zafril senyum nipis.Biarlah si isteri jadi beku pun asal ada depan mata dia.Nanti lah dia pujuk sikit-sikit.

Dahi Maisara berkerut hebat,dia rasakan sesuatu akan keluar.Bukan kentut melainkan ingin muntah.

Sebelah tangan menekup mulut,sebelah lagi memegang erat lengan Zafril.

"Kenapa sayang?"gelisah Zafril melihat reaksi isterinya.

"Saya nak untah.."

Dengar saja Zafril terus bagi isyarat ke kiri,dia berhentikan kereta di bahu jalan.

"Kejap"gelabah mak nenek dia keluar dari kereta.Pintu kereta belah Maisara dibuka terus badan Maisara ditarik lembut.

"Buwekkk"selamat semua isi perut Maisara keluar.

"Okay tak ni?nak pergi hospital ke?"jelas terpancar riak risau pada Zafril.Tangan setia mengosok belakang badan Maisara.

Maisara mengeleng bukan teruk sangat pun sampai kena pergi hospital.Dah biasa macam ni pagi-pagi.

Zafril hulurkan botol air ke arah Maisara untuk minum bagi hilangkan rasa loya.Maisara hanya telan sedikit,payau gila air botol ni.

"Okay dah?"soal Zafril melihat Maisara lap mulut.Si isteri angguk kepala.

Ni baru separuh jalan ada berapa jam lagi nak hadap sakit ni.Zafril setia menolong Maisara walaupun nampak seperti tidak dihargai.

Kerusi Maisara direndahkan bagi keselesaan buat si isteri.

"Ada minyak angin?"tanya Maisara separuh tidak berdaya.Kepala dia mulai rasa pening,jalan pun seperti dah terbelah empat.

Zafril tanpa kata ambil minyak angin berserta plastik kecil.Dia sudah pasti situasi ini akan terjadi,setiap perjalanan bagi ibu mengandung pasti akan rasa mual.

"Meh abang buka tudung"

Maisara biarkan saja Zafril mencabut kerongsang,terdedah sedikit bahagian lehernya.Minyak angin disapu pada leher dan dada Maisara.

"Kenapa?"Maisara menutup hidung buatkan Zafril pelik.

"Bau minyak wangi awak tak sedap,tukar baju lain.."keluh Maisara palingkan wajah ke kanan.Bau minyak wangi Zafril buatkan rongga hidung dia nak tercabut.Makin pening kepala dia.

Zafril mati kutu sudah,pelik-pelik lah ibu mengandung ni.Bau badan suami sendiri pun tak sedap ke?

"Saya tak tahannn"rengek Maisara tahap pening nak tercabut kepala.Bukan nak mengada ke apa tapi alahan dia teruk sangat akhir-akhir ni.

"Yeye abang tukar"pasrah Zafril menutup pintu lalu ke bahagian bonet.Tangan pakat sambar je baju mana-mana.Asal tak jadi tarzan

"Feel better?"tanyanya sejurus masuk.

Maisara angguk kepala sambil mengintai Zafril,suaminya betul-betul tukar baju.Terdetik dalam diri dia jatuh kasihan.Dahlah hubungan mereka tak berapa baik lagi,alih-alih dia buat perangai mengada-ngada.

"Sayang selalu macam ni ke?"

Soalan Zafril buatkan dia diam seribu kata,terlalu jahat diri dia kerana membiarkan si suami tidak mengetahui keadaan seorang isteri disaat seorang suami ingin tahu.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now