Special Chapter III

241 16 0
                                    


"Zahra.."panggil Maisara saat tiba dia tangga terakhir.Anak dara dia waktu macam ni suka melukis.Si abang belum pulang dari sekolah.

"Ye mama.."

"Awak lapar tak?nak makan nasi sekarang?"tanya Maisara baringkan badan sebelah Zahra.Dia cuba hilangkan pening.

"Adik nak tunggu papa dan abang balik.."jawab Zahra ralit melukis objek dalam buku lukisan.Tu masuk buku yang ketiga dah.Sisa lain sudah penuh dilukis.

"Mama nak tidur kejap tahu,nanti papa balik kejutkan mama yaa"pesan Maisara membenamkan wajah di peha Zahra.

Lagi sejam Zahin akan pulang bersama suaminya.Zafril memang papa yang bertanggujawab tak pernah lepaskan peluang untuk hantar dan ambil anak sekolah.Cuma kalau kerja tak dapat dielakkan baru lah Maisara ambil.Setiap program melibatkan ibubapa memang wajib Zafril sertai.Yang tu takboleh terlepas.

"Otey mama.."pelat Zahra balas.Kepala mamanya diusap sekejap sebelum dia kembali melukis.

Begitu lah Zahra duduk rumah buat kerja sendiri langsung tak ganggu mama dia.Bangun pagi terus mandi kemudian mengadap tv lepas tu main.

Beberapa jam kemudian Maisara mencelik mata bila rasakan ada sesuatu yang kasar mengusap pipi dia.Wajah Zafril menyapa kornea dia.Lantas dia bangun.

"Bila balik?"tanya Maisara dengan riak hairan.Dilihat jam di dinding sudah masuk pukul dua...Dua!!Membulat mata Maisara dia alihkan mata melihat Zafril.Suaminya turut renung dia.

"Kenapa tak kejutkan saya,awak dah makan belum?"sedikit sedih Maisara bertanya.Baru perasan dia duduk atas sofa.

Zafril senyum kecil,dia bangun duduk duduk sebelah isterinya.

"Sayang okay?ada pening mana-mana ke?"tanya Zafril tercalit kerisauan.Ketika dia balik tadi,Maisara sudah tidur atas lantai dengan Zahra sekali tidur.Dia kejutkan Maisara tapi langsung tak bangun.Jatuh kasihan terhadap sang isteri penat lakukan kerja rumah.Nak pakai bibik tak bagi.

"Hurm okay dah sikit ni,saya tanya awak dah makan belum?"tanya Maisara sekali lagi.Itu soalan paling utama kalau suami dia pulang.

"Abang rasa awak mengandung lah sayang.."

Terbuntang luas mata Maisara dia berkerut kening kepada Zafril.Apa melalut sampai ke situ?

"Awak dah lewat lima hari period.."ujar Zafril lagi.Dia mula kira kitaran haid Maisara sejak Zahin keluar.

Lagi berkerut hebat dahi Maisara,tak mungkin lah!baru dia perasan haid dia lewat.Zafril tarik tangan Maisara ke tingkat atas.Sampai di bilik,Zafril ambil dua kotak kecil lalu diberi kepada Maisara.Tubuh Maisara ditolak masuk ke dalam bilik air.

"Jangan lama-lama abang tunggu.."

Zafril berpeluk tubuh kaki kanan menhentak lantai,sabar menunggu keputusan.Kalau betul dia lah suami paling bahagia,kalau tiada rezeki lagi cukuplah Zahin dan Zahra saja buat masa ini.

Bunyi pintu dibuka lantas Zafril bergerak ke depan dua inci.Wajah Maisara masam mencuka pegang alat ujian kehamilan itu.

"Kenapa sayang?"

"Abang lah gatal sangat!habis saya mengandung lagi!"kata Maisara sedikit kuat.Dalam hati sudah mahu berlagu sendu.Hua kena tahan sakit lagi!kena tahan alahan lagi!

"Yeayyyy abang nak jadi papa lagiii!"laju dia angkat badan Maisara tinggi.Dipusing kanan dan kiri.

"Abang!"Maisara pukul bahu Zafril.Orang dahlah nak muntah.Mulut ditekup rapat,muntah atas Zafril ni pun okay juga kan?

"Sorry-sorry"sengih Zafril menurun kembali badan Maisara.

"Sayang tak happy ke anak kita ada dalam ni"sayu Zafril bernada.Maisara seakan taknak anak dia.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now