"Okay baik saya terima idea awak,saya akan siap kan surat pemindahanya.Dan jangan lupa untuk customize mereka all out"ujar Zafril menilik satu-persatu kerja kerja atas meja.
"Baik..dan saya nak beritahu satu hal kepada tuan about our new projek dengan Encik Razif di sabah"ujar Puan Marina kepada Zafril.
Mereka berenam memulakan mesyuarat pada awal tahun.Seperti biasa kerja yang ingin berjaya perlukan usaha yang lebih.
"Bulan berapa?"soal Zafril dengan wajah serius.Kedua tapak tangan disatukan sedang berfikir.
"I thought bulan tiga"balas Puan Marina sambil melihat setiap wajah di meja.Yang lain anggukan kepala meniyakan jawapan Puan Marina.
"Oh,Maaf I can't attend because my wife is on the verge of giving birth"jawab Zafril tanpa banyak fikir.Projek tu memang mewajibkan kehadiran dia tapi harus tolak demi isterinya yang sedang sarat.
"Nah sokay kitaorang faham"Puan Marina angguk mewakili yang lain.
"Saya akan hantar wakil untuk ke sana"putus Zafril.Yang lain setuju saja tanpa bantahan.Mesti antara mereka berlima akan dihantar oleh bos besar.Nak bonus tak?
Dia harus berada di samping isteri dia saat-saat ingin melahirkan.Apa yang penting isteri nombor satu.Ya!
Habis saja mesyuarat Zafril sudahi dengan ucapan terima kasih.Kepala membalas tundukan hormat para pekerjannya.Tinggallah dia seorang diri dalam ruang tersebut.
Telefon dalam poket kot di ambil,jam di skrin telefon di lihat sebelum mendail nombor isterinya.Dah pukul empat setengah,lewat hari ni habis mesyuarat maklumlah tahun baru kan.
"Haih"rungut Zafril apabila masuk peti suara.
"Haih budak buyung ni,buat apa lah yang tak angkat call"omel Zafril geram.Jangan isteri aku buat kerja sudah.Dia bimbang perkara dahulu berulang lagi.
Telefon di simpan semula, kot di betul kan.Segala fail atas meja di bawa keluar dari bilik mesyuarat.Dia berhenti depan meja Gina sekejap.
"Gina saya nak balik dah ni"
"Awal tuan,ada apa apa ke?"galak Gina bertanya,sekarang dah berani lah dia nak tanya.
"Birthday wife saya hari ni.."jawab Zafril dengan teruja sekali.
"Ohhh patutlah,sampai kan ucapan saya ke puan ya tuan"sempat Gina titip kan pesanan,tuan dia makin kacak sejak kahwin ni nak nak bila nak timbang anak lagi lah bertambah handsome.Eh.
"Small matter,go to go"Zafril berlalu terus ke arah lif.Kunci kereta dan telefon sudah ada dalam poket.Fail tadi ditinggal kepada Gina.Dia malas nak masuk bilik.Diri tak boleh tahan sabar dah.Hehe.
_____________
Sunyi rumah apabila Zafril masuk biasa Maisara akan tunggu dia depan pintu tak pun di ruang tamu kalau malas nak berdiri.Ni langsung tak nampak batang hidung pun.
Zafril katup pintu perlahan,kepala terjengul mencari sosok tubuh yang dia rindui.Mana bini aku ni.
"Sayangggg..ooo sayanggg"
Langsung tiada sahutan dari suara merdu itu,Zafril melonggar kan tali tienya mendaki tangga mahu ke arah bilik.Tak tenang hidup dia tak dengar suara Maisara.
Zafril ingin memulas tombol pintu itu terbantut apabila telinga dia disapa oleh suara ketawa di ruang bilik kerjanya.Pipi menarik bibir ke atas,dia tahu siapa yang ketawa itu.Terus kaki di bawa ke arah bilik selang bilik tidur mereka.
Pintu di buka separuh,Zafril mengintai sedikit terlihat sekunjur tubuh enak santai atas sofa sambil membaca buku.Maisara tak perasan kehadiran dia,perlahan dia masuk menapak ke arah Maisara yang baring membelangkangi nya.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...