Cara menumbuhkan rasa cinta
•Saling mengerti satu sama lain
•Sentiasa bermesra dengan pasangan
•Menatap wajah apabila bercakapRumit!itu lah yang dirasakan oleh Maisara.Sangat rumit bagi dia ikut cara encik google ni.Menatap wajah ketika bercakap ? lagi lah susah ! malu dia ni tidak pernah bertempat.Kalau ada jual bedak menahan malu sudah berkotak-kotak dia beli.
Panahan mata suaminya mampu buat dia cair,bila nak bekukan balik payah.Peti ais pun boleh rosak.
Hari ni dia sudah dihantar oleh Zafril pulang ke rumah keluarganya.Sampai saja Zafril terus minta diri untuk pulang,kerusi tak sempat nak panas pun.Kata tuan badan ada urgent call.Entah apa yang penting sangat.
Jatuh kasihan juga lelaki itu memandu beberapa jam.Tapi tulah Zafril sendiri yang nak hantar isteri tercinta dia ni.Sayang bini..
Ting!
Maisara menoleh telefon sebelahnya,pesanan dari encik suami.
Abang love
Abang dah sampai ni,jaga diri❤️Rama-rama keluarlah engkau dari hati aku ini.
-Okay
Bukan lagi ukulele ea!nama sudah ditukar,siapa yang tukar?kalau Maisara lambat lagi lah nak simpan nama macam tu.Kalau boleh dia nak je letak nama.
Zafril ulat bulu.
Dasar merenyam keladi pantang ada peluang sukalah nak cuit orang sana-sini.Erh!
Tapi satu hal dia suka tentang Zafril,setiap kali Zafril bangun pagi pasti dia dikejutkan oleh suaminya.Selama ni tak pernah terlepas lagi untuk solat subuh bersama.Zafril matang sama sesuai dengan usia.
Tak sampai seminggu lagi jadi suami isteri,Maisara sudah rasa bunga-bunga yang ingin mekar kembali dalam diri dia.Titik tidak percaya terhadap lelaki dihapuskan bagi nama Zafril Adhan.
Kini dia mahu belajar kenal erti cinta,dia hendak membalas cinta jejaka yang berjaya memberi peluang untuk dia menjadi seorang isteri.Pangkat yang semua wanita berhak dapat apabila bersama dengan lelaki yang tepat.
*****
Turun naik dadanya menhabisi makanan pada malam ini.Mata mencerlung tajam wajah yang sudah lemah dihadapannya.Bak kata pepatah kalau tak nak sakit jangan cari penyakit.Bila dah sakit tengoklah sendiri.
Buk !
Kaki panjang itu memberi sepakan padu pada perut lelaki itu.Dia takkan puas selagi manusia itu bernafas.Bagi dia bala kalau hidup ada pengacau seperti ini.
Buk !
Sekian kali penumbuk mendarat pada wajah yang sudah lebam dan bengkak itu.Mengalir satu badan darah keluar dari tubuh lelaki itu.
"Manusia bertopengkan syaitan ! orang macam kau ni tak layaklah hidup ! "jerkah Zafril begitu marah sehingga urat lehernya menimbul.Merah pijar wajah mengepal penumbuk.
Siapa dia?
"Setakat muka kau ni sekali imbas dah sah masuk neraka ?"sinis Zafril berkata.Setakat pakai topeng dan guna kereta pakai buang,ingat dia budak kecil ke tak boleh nak cam.
Harith di belakang naikkan kening,sempat lagi kau nak herdik orang.Bajet kau masuk syurga.Uh...Dia jadi pemerhati saja lelaki itu kerjakan susuk tubuh yang berani kacau harta karunnya.
Zafril duduk bercangkung dihadapan Daud,manusia yang berani kacau hak milik dia sehingga mendatangkan kecederaan.Walaupun sikit saja,tapi bagi Zafril satu titik darah saja yang keluar dari wanita tercinta dia.Perkara itu tidak akan dipandang remeh.Darah itu terlalu berharga untuk mengalir.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...