6

2.3K 109 0
                                    

Segala kekuatan dalam diri dia dikeluarkan menumbuk punch bag warna merah itu.Puas mengunakan tangan,dia memberi tendangan pula.Langsung tidak berasa sakit.Seluruh badan dia sudah terbiasa benda seperti ini.

"Great!"

Zafril berhenti dari jadikan punch bag sebagai alat melepas geramnya.Rambut ditolak ke belakang sehingga air peluh merengis sedikit.

"Aku dengar Keith nak kahwin?kenapa tiba tiba je?"dumbbell 10 kg itu menjadi mainan dia pula sambil duduk di atas kerusi gym.

"Dia kena tangkap khalwat,orang perangkap dia"balas Harith perhati otot badan Zafril.Berketak giler!Hasil rajin bergym.

"Lagi pun perempuan tu memang dia suka so tak jadi masalah lah kan?"sambung Harith lagi.

Zafril berhenti angkat benda berat itu dia meneguk air dengan rakus,lebihan air dicurah ke atas rambut dia sehingga menuruni terkena wajah nya.

"Hmm"guman Zafril malas,telefon bimbit di buka mahu melihat pesanan yang baru di hantar oleh PA dia.

Jadual dia padat untuk tiga hari ni,tiada apa yang boleh dia lakukan selain menhadiri setiap mesyuarat yang sudah disusun atur.

"Mikhail citer kau balik kampung dia makan buah durian betul ke?"soal Harith selaku jurulatih kepada Zafril yang melatih dalam seni bela diri.

"Betul lah tu"jawab Zafril mendatar dia masih setia melihat telefon.Panjang umur,Harith baru menyoal Mikhail sudah mesej dia.

Telefon di letak atas meja kecil selepas membalas mesej kawan nya.Mikhail ajak lepak dekat masjid malam ni.Tapi dia tak boleh sebab ada hal mustahak,dia kena uruskan hal adik bongsu dia dengan seorang lelaki tak guna.

"Jantan tu kerja apa?"

"Kerja mengikis duit betina,dia tak kerja aku tak tahu kenapa tapi yang pasti sudah ramai wanita dia permain kan"jelas Harith tentang topik utama mereka hari ni.

"Adik aku tu bukan nya ringan mulut nak cerita soal lelaki"kata Zafril kepada adik bongsu nya.Memang salah orang lah Zahirah ni simpan rahsia.Tak sampai dua hari bercinta Zafril sudah tahu.

Zafril Adhan seorang abang yang sangat protective terhadap ahli keluarga nya.Anjing yang berkeliaran tu pun belum pasti boleh gigit dia ke tak.

"Kau send location malam ni"

Zafril menitip arahan dengan keras,tak sabar nak bagi makan kaki.Dia tidak akan berbuat jahat jika seseorang tidak melontarkan batu ke arah dia.

Loker menempatkan barang nya di buka,baju sudah di ganti kepada pakaian kerja.Jam tangan berjenama rolex daytona di sarung pada pengelangan tangan kiri.

Telefon di masuk ke dalam poket suit nya manakala dompet di masuk ke dalam poket seluar slack.Tepat pukul 10 pagi dia keluar dari gym milik Harith.

Kereta bmw x7 menjadi kenderaan selaku teman nya untuk ke mana saja.Enjin di hidup kan dengan menggunakan starter saja tanpa kunci.

Syarikat besar milik Tan Sri Fawaz di tuju,syarikat yang megah menjana bahagian minyak dan gas.Syarikat yang sangat terpegaruh dalam negara mahupun luar negara.

Pintu automatik terbuka sebaik Zafril berjalan masuk.Beberapa perkerja menunduk dengan hormat kepadanya,Zafril membalas dengan kepala sedikit di tunduk.

"Tuan malam ni tuan ada dinner dengan Tan Sri Ahmad"Nizam selaku pengawai peribadi nya berkata.Dia turut masuk ke dalam lif yang di khas kan untuk orang besar saja.

"Hmm"balasan malas dari Zafril,semua majlis dia kena hadir bukan lagi Zahid.Biar lah kerja sama rata.

"Aku banyak masa sampai pukul lima,bawa semua kerja yang ada"arah Zafril sebaik pintu lif terbuka.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now