Zafril sudah tiba di lapangan terbang Malaysia,badan direnggang sekejap.Cermin mata hitam dipakai olehnya.Dari jauh sudah nampak seorang jejaka malaya menunggu dia.
"Welcome home friend"ujar Harith bersalam cara lelaki dengan Zafril.Disebelah Harith ada seorang lelaki berpakaian serba putih.
'Nak pergi ke syurga ke mamat ni?'getus hati Zafril lihat jejaka itu.
"Cousin aku"Harith kenalkan terlebih dahulu sebelum keadaan menjadi kekok.
Zafril dan sepupu Harith bersalaman.
"Addy"
"Zafril"senyuman nipis saja Zafril berikan.
Mereka bertiga masuk ke dalam kereta,Zafril di depan,Addy di belakang maknanya Harith yang memandu kereta.
"Kau dari mana?"soal Zafril kurang selesa apabila ada orang yang kurang dia kenali.
"Cousin aku pun baru sampai,alang-alang tu aku pick up sekali"jelas Harith,dia ternampak Addy tadi sedang mencari teksi mungkin.Dengan hati yang baik dia ajak balik sekali.
Zafril bulatkan mulut faham.
"Macam mana bini kau?merajuk lagi ke?"
"Hm macam tu lah"jawab Zafril hampa.Sekarang ni dia bertekad nak balik terus ajak isteri dia berbincang.Dia pasti Maisara memang merajuk teruk dengan dia.Ajak bercakap pun taknak.Emosi betul.
"Isteri bro mana tak terkejutnya keluar artikel,usahawan OG Holdings ada scandal dengan anak ceo The Dern Holdings,tak masuk lagi bakal dato sudah jumpa madu buat isteri ha"kata Harith kepada Zafril.Dia sempat baca berita palsu yang tersebar dua hari lepas.
Zafril Adhan terkenal kot di pelusuk dunia.Kekacakan?kekayaan?kematangan?Kerjaya?semua KER ada dalam diri Zafril.Bakal diangkat gelaran baru nanti.
"Itu semua fakenews je bro,kau tahu kan aku sayang isteri aku tahap tak boleh nak bernafas"lemah Zafril berkata.Dia buang pandagan ke luar tingkap.
"Aku kenal kau bro,saja lah tu takde cerita nak dicerita sampai terpaksa sebar benda yang tak betul"
Zafril pejam mata,berita tersebut berlaku secara tiba-tiba dan gambar dia dan Sofea anak ceo itu ditangkap semasa mereka berkenalan.Itu semua terjadi semasa majlis makan malam.Memang nampak mesra walhal dalam hati dia terpaksa.
"Goodluck aa bro.."ucap Harith berhenti depan rumah banglo mewah milik Zafril.
"Taknak masuk ke?"pelawa Zafril hangat-hangat tahi ayam.
Harith geleng kepala,malas.Takut gempa bumi nanti.
"Thanks"Zafril keluar,bagasi diambil dia lambai tangan kepada Harith.Anggukan kecil saja dia beri kepada Addy dibelakang.Sekarang sudah lapan malam mesti seisi rumah masih belum tidur.Lampu pun terang berderang lagi.
Pintu perlahan dibuka..
"Papaaaaa !!"jerit Zahra dan Zahin serentak begitu kuat sehinggakan Maisara terkejut.
"Anak papa!"tangan didepa masukkan kedua anak dia ke dalam pelukan.Sempat di pandang wajah sang perindu dia.Jelas Maisara terkejut dengan kepulangan dia.
"Miss me?"
"Of couselah!"
Teruja dua orang kanak-kanak itu,papa mereka dah balik jadi boleh lah main sama-sama.
Maisara keluh berat dia sebagai isteri tidak mahu kurang ajar dengan suami.Jadi dia bangun melangkah ke arah pintu.Memang nak jejak kasih depan pintu pun.
Zafril senyum nipis dia bangun dari bercangkung melihat Maisara berjalan ke arah dia.Huluran salam Maisara disambut lembut.Zafril tarik kepala Maisara dia jatuhkan bibir pada ubun-ubun itu.Rindu sangat sesak dalam dada ini.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...