46

1.5K 93 2
                                    

Maisara membutang baju kerja Zafril,suaminya akan berangkat kerja sebentar nanti.Rutin dia sebagai seorang isteri beginilah setiap pagi.Kemana kalau bukan hadap suami jua.

Ralit Zafril merenung wajah bersih Maisara,tak mandi pun kemain lawa mak buyung ni.Kini kandungan Maisara sudah masuk bulan kelapan,dimana sang isteri mula merasa letih dan cepat penat.

Jadi disebabkan itu Zafril melarang Maisara kembali bekerja di syarikatnya.Setuju atau tidak dia tetap dengan kuasa vetonya.Berani lawan ah!

"Abangggg Zahirah ajak saya keluar petang nanti,dia ajak saya teman beli barang"kata Maisara mendayu-dayu usai selesai membuntang baju Zafril.Mata dikelip beberapa kali,taktik.

"Zahirah takda cakap dekat abang punnn."serius muka Zafril.

"Alaaaa dia baru mesej saya pagi tadi,last minute"jawab Maisara dalam masa yang sama memujuk suaminya supaya beri pelepasan.Dia sebenarnya bosan juga asyik terperap dalam rumah ni.Tiada mainan nak main.

Zafril usap kepala Maisara.Alahai dengan muka comel pun mampu dapat surat hitam putih.

"Ye abang izinkan tapiiii..."jari satu diangkat.Maisara sudah separa senyum,tapi tapi tu dah tahu..

"Balik sebelum magrib.."sambung Maisara sudah cemuh dengan pesanan itu.

Zafril tarik senyum.Tahu-tahu je.

"Abang dah lewat ni,hari ni kan ada breakfast dengan Ariana"kata Maisara separa perli sambil berjalan beriringan ke pintu utama.

"Ariana tu kawan kerja abang je sayang"ujar Zafril sudah tahu isi kepala Maisara.

Maisara dongak pandang Zafril yang jauh lebih tinggi dari dia.

"Saya tak cakap apa-apa pun.."bersahaja Maisara balas dengan memek muka toya.

Zafril mengecilkan mata lihat Maisara bagaikan mahu cubit-cubit je pipi tembam tu.Makin nakal isterinya sejak berbadan dua ni.m

"Hmmm duduk rumah elok-elok.."kepala Maisara ditarik lalu ciuman hangat didaratkan pada ubun Maisara.Begini lah salam selamat tinggal mereka berdua.

"Jangan buat kerja berat.."pipi kanan pula jadi sasaran.

"Anything you got me.."pipi kiri pula jadi sasaran.

"I love you.."akhir sekali bibir mungil Maisara diragut.Tapi hanya sekejap saja.Tempat sensitif Maisara,jangan kacau!

"Gatal!"

"Dengan awak je"pipi kanan Maisara dicubit.Suka dia dengan pipi yang semakin kembang dengan jayanya.

"Bye tembam"Zafril berlalu ke arah kereta.Mata tak lepas dari pandang si isteri.Maisara ketawa kecil melihat telatah suaminya,tersandung nanti baru tahu mamat kacak tu.





Pukul tiga petang selepas hadap segala jem tanpa roti akhirnya sampai juga dua orang wanita di tempat tujuan mereka berdua.Zahirah menyeluk lengan Maisara seperti tidak mahu lepas.

"Zahirah sebenarnya nak beli baju baby "kata Zahirah manja,kepala dilentok atas bahu Maisara.

"Ha?baby siapa pula?"laju kepala itu berpusing pandang adik iparnya.

Zahirah keluh lihat wajah hairan campur blur Maisara.Siapa je nak ada baby dalam keluarga mereka ni kalau bukan abang dia dan Maisara.

"Baby dalam perut akak lah,baby mana lagi.."jawab Zahirah hampa.Jari telunjuk mencucuk perut besar itu.

Maisara bulatkan mata mengikut arah jari Zahirah sebelum mulut membulat,baru faham.Dalam hati kutuk diri sendiri,lembap betul otak ni.

Zahirah heret Maisara masuk ke dalam kedai menjual pelbagai jenis barangan bayi dan tak lupa juga ada pelbagai jenis corak pakaian untuk si kecil.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now