Special Chapter I

269 12 0
                                    

Bila anak dah masuk dua ni baru lah dia rasa kepenatan sebenar itu macam mana.Ikut suka lah nak kata apa,yang penting dia betul-betul penat sekarang ni.

"Muhammad Zahin !kenapa conteng muka adik!"pekik Maisara usai menampak ke ruang tamu.Baru naik sekejap nak ambil baju kotor.Turun-turun dah hitam wajah anak kedua dia.Ini ke perasaan menjadi ibu di usia muda.Mental kena kuat.

Bakul kotor diletak atas lantai licin tidak selicin hati dia sekarang ni.Dia duduk sebelah Zahra yang berusia tiga tahun itu.Si adik pun tadah je muka untuk abang.

"Mama dah cakap kan jangan conteng muka adik,dahlah pakai permanent susah nak tanggal"bebel Maisara sambil tangan ligat lap wajah Zahra mengunakan bajunya.Nak sabar tapi tak boleh.

"Awak tu dah besar Zahin,ni adik awak tau.Nak conteng boleh tapi jangan pakai pen ni.."bebel Maisara lagi angkat marker pen yang diguna oleh Zahin tadi.Kalau tak tanggal nak bilas pakai air zam-zam ke?

Zahin diam bibir sudah mencebek,nak nanggis lah tu.Cengeng.

"Jangan nanggis,awak tu lelaki malu sikit dengan adik"laju Maisara pesan kenal sangat perangai Zahin ni.Memang budak-budak layak menanggis tapi dia perlu ajar Zahin dari kecil supaya jangan menanggis kerana kelak anak sulong dia akan menjadi seorang lelaki yang sejati.

Zahra pula diam je tadah muka dan telinga dengar mama dia berleter.Dia masih kecil dan tak tahu apa-apa.Tangan kecil naik pegang lengan mama dia.

"Mama jangan lah marah abang,adik otey jelahh"kata Zahra dalam pelatnya.Mata bulat itu pandang mata mama dia.

Maisara keluh perlahan,dikala si abang kena marah ada si adik yang tolong sejukkan hati dia.Begitu lah mereka berbalas budi.Adik kena marah,abang yang tolong back up.

Maisara pusing kepala pandang Zahin yang sudah menunduk kepalanya.Perangai Zahin dah memang sebati dalam diri keibuan dia.

"Sini abang"gamit Maisara menarik lengan Zahin.Didudukan anak itu di atas riba.

"Mama minta maaf.."

"Bukan salah mama,Zahin yang salah sebab buat mama marah dan conteng muka Zahra.Abang minta maaf mama.."usai habiskan kata-katanya terus dia benam wajahnya ke dada Maisara.Tubuh mamanya dipeluk erat.

Itu buatkan Maisara senyum nipis.Anak jantan aku ni!

"Dahhh shuhhh dah jangan nanggis nanti tak macho lah abang.Amanda tengok pun lari"sakat Maisara pakai nama kekasih hati Zahin di sekolah.

Zahin mencebik,pandai-pandai je mama kita ni..

Zahra diangkat sekali duduk atas peha Maisara.Cukup lah anak dua tidak mahu tambah dah..

"Papa balik bila mama?"

"Entah..takpayah balik pun takpa"ayat terakhir perlahan saja bunyinya.

"Hari ni papa tak telefon ke?"soal Zahin lagi,bunyi macam rindu sangat tu.

"Nanti telefon lah kot"jawab Maisara nak tak nak.Biasa waktu tengah hari macam ni suami dia telefon untuk lepaskan rindu pada anak.

Suami dia di Sabah ada kerja luar,sudah seminggu Zafril tinggalkan mereka bertiga.Entah bila nak balik tahu.Tak ingat jalan balik rumah dah orang tua tu..

Maisara lancarkan perang mogok sudah masuk tiga hari.Dia terima berita bahawa suami dia ada hubungan dengan anak pemilik syarikat yang Zafril sedang berkerjasama sekarang ni.Siapa je tak panas hati kan?aku rasa nak makan je mamat tu.

Segala mesej dan panggilan telefon dari suami dia diabaikan.Tiada mood nak layan penjelasan Zafril.Erh!Kalau dia angkat pun dia kasi anak mereka bercakap.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now