Riuh-rendah rumah Puan Sri Fatima dengan suara sanak saudara.Malam ni beliau adakan majlis kesyukuran atau lebih kepada bahasa kampung iaitu geleng perut.
"Akak cuba rasa kek coklat ni,manis gila!"tawar Zahirah dengan mata terpejam.Sedap sangat lah tu kek coklat.
Maisara apa lagi dengar saja perkataan 'kek coklat' terus bersinar terang matanya.Makanan kegemaran dia tu.
Maisara menkuis separuh kek itu terus dimasukkan ke dalam mulut.Ya Allah sedap nak telan dengan sudu-sudu.
"Sedap"puji Maisara.
Zahirah angguk setuju.
"Zahirah ambil lagi neh,akak tunggu sini"ujar Zahirah sudah bangun.Maisara angguk kepala dengan senyuman nipis.Dalam hati tak sabar nak makan lagi.
Tinggallah Maisara sorang diri di depan kolam renang.Dia baru je habis berbual dengan saudara yang lain.Zafril halau dia ke sini.
"Sorang je?"
Pantas kepala Maisara toleh ke sebelah.Seorang lelaki berambut perang berdiri sebelah dia.
"Hmm"Maisara senyum kecil.Dia kenal lelaki itu,sepupu Zafril belah ayah.
"Buat apa malam-malam dekat luar ni,awak tu mengandung nanti masuk angin"
"Uh..saja je ambil angin.."entah nak bermesra macam mana.Kenal pun tak rapat mana.
"Saya nak join sekali boleh?"Fayad palingkan kepala melihat wajah Maisara.
"Join?"Maisara tidak faham.Join apa?
Fayad ketawa kecil dengan kepolosan Maisara.Maisara pula naikkan keningnya tidak faham kenapa lelaki itu ketawa.
"Taklah saya nak join duduk sini sekali,saya pun bosan duduk dalam sana berborak"
Maisara angguk faham.Dapat dia agak melalui ekor mata bahawa lelaki itu sudah labuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
Diam hanya bunyi cengkerik menyapa halwa telinga.Maisara bermain jari-jemari,rasa kekok ada orang yang tidak dikenali.
"By the way nama saya Fayad.."Fayad palingkan wajah melihat Maisara.
"Uh?"Maisara tak tahu nak mulakan dari mana,dia senyum senget.
Fayad naikkan kening kanan tinggi berserta senyuman manis.
"Saya Maisara.."diri dikenalkan,kolam dipandang kembali.Jaga pandangan please!
"Nice to meet you,sorry tak dapat datang majlis korang.Sebab itu awak kekok dengan saya kan?ini kali pertama kita berjumpa"
"Iyeee"tidak tahu mahu membalas apa.Jumpa atau tidak dia tak heran lah.Lagipun dia mana rapat dengan sepupu sepapak Zafril hanya dua tiga orang je dia bergaul.Jenis bersapa memang boleh buat kawan lah.
Kedengaran ketawa halus dari Fayad,mungkin dia juga kekok dan segan.Tanpa rasa malu dia paling ke kanan melihat raut wajah Maisara dengan lebih jelas.
"Cantik"
"Hah?"berkerut dahi dia pandang Fayad.Dia dengar seperti kata pujian tapi kurang jelas.
Fayad geleng perlahan sambil bibir melekung.Dia bangun beralih ke kerusi lain pula.
Maisara seperti cacing kepanasan,dia rasa haba malam ni tiba-tiba bertukar panas.Kedudukan dia dan Fayad sedikit rapat.
"Kenapa awak tukar tempat?"soal Maisara polos.Dalam hati sudah mengutuk diri sendiri kenapa tanya soalan begitu.Padahal boleh je dia lari.
"Saja nak ambil aura awak mana tahu untung belah saya dapat wanita macam awak.Cantik sopan ayu kan?"Fayad beriak gatal meneroka setiap inci wajah Maisara.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...