45

1.7K 104 7
                                    

Biasa hujung minggu Zafril akan membawa Maisara keluar jalan-jalan sambil tu boleh lah tunaikan permintaan si anak tekak isteri dia yang meraung nak makan gula-gula kapas.

Maisara asyik tersenyum melihat pekerja yang membola-bola kan gula-gula kapas itu.Dia tak sabar nak makan cotton candy bentuk spogebob.

Zafril merangkul bahu isteri dia,mata memerhati mata Maisara yang bergerak mengikuti pergerakkan tukang jual itu.Kenapa bini aku suka sangat benda petak kuning tu?

Terlalu gemar dengan spongebob sampaikan kesemua baju dan barang Maisara berwarna kuning dan bercorakkan spongebob.Tak masuk lagi dengan kain tuala casing telefon dan wallpaper.

Ada sekali Zafril tukar wallpaper depan telefon Maisara kepada gambar kahwin mereka.Tak sampai setengah jam Maisara tukar ke asal semula.Gambar spongebob dan patrick.Pehal !

Maisara cakap spogebob tu dia dan patrick tu Zafril.Alah-alah gitu pun boleh lah sayang ku.

"Nah kak"

Maisara sambut huluran itu dengan teruja sekali.

"Berapa dik?"

"Sepuluh ringgit bang"

Zafril mencelup poket seluarnya mengeluarkan sekeping not berwarna merah kemudian diberi kepada penjual itu.

"Terima kasih"

"Sama sama"balas Zafril mesra.

Maisara mengeluarkan telefon bimbitnya,diseret ke tepi untuk mengambil gambar makanan dia.Dapat alah ni pun dia dah gembira.Zafril senang dengan reaksi Maisara,dia bahagia kalau Maisara gembira kerana diri dia.

"Kita duduk yaa"

Maisara anggukkan kepala dia.

Zafril ajak Maisara duduk di bulatan air yang mempunyai kerusi kayu di sekelinlingi air itu.Ramai pasangan yang keluar petang ini.Ada yang beriadah,joging bawa anak bini.

"Nak rasa ?"tawar Maisara gerakkan gula-gula kapas di hadapan Zafril.

"No sayang abang kurang manis"tolak Zafril lembut.Umur semakin meningkat ini dia belajar kurangkan manis mahu elakkan diri dari terkena sebarang penyakit.

"Ok"dia jungkit bahu.Orang tanya je kalau nak belum tentu dia bagi.

Zafril melihat pandangan sekitar taman yang bersih sungguh selesa dipandang.Lain kali boleh bawa lagi Maisara datang ke sini,hilang kan tekanan mak buyung ni.

Habis satu lidi gula gula kapas tanpa meninggalkan sisa pun,manis di mulut cair di lidah.Nak minta satu lagi boleh tak?

"Bang dah habis.."

Zafril menaik kan kening mengambil batang lidi itu.

"No more sweet okay cinta?not good for you"lembut Zafril memujuk Maisara yang seakan mahu kan lagi.

"Okey"balasnya baik-baik saja,dapat makan satu pun dah lepas hajat dia.

Zafril mengusap kepala Maisara sebelum dia bangun mahu membuang lidi itu ke dalam tong sampah.

Maisara mengikut langkah segak Zafril.Hari-hari dia jatuh cinta terhadap suami sendiri.Tidak percaya rasa cinta dia terhadap Zafril berputik.

Dahi Maisara berkerut melihat ada seorang wanita menhampiri suaminya.Wanita itu cuba memegang tangan suami dia tapi Zafril menepis.Maisara kebingunan segera bangun laju kan kaki ke arah Zafril dan wanita itu.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now