Badan seperti mahu terbelah dua tika ini.Pinggang sakit,kaki sakit,kepala sakit semua lah sakit.Dia pun tiada tenaga nak selesaikan sakit badan sendiri.
"Arh..kenapa abang tak datang?"benar hati dia sakit tetapi dia juga wanita biasa yang inginkan kasih sayang suami.Cuma dia ego saat ini.
Teringatkan kejadian tiga hari lepas takungan air matanya pecah.Dia buntu mahu fikir ke mana hala tuju mereka berdua sekarang ni.Zafril diam kan diri tidak mencari dia.
'Abang tak sayang Maisara dah ke?'jerit hati wanita nya.Tipu lah kalau dia tak rindu kan suami sendiri,orang yang selalu ada di sisi dia sewaktu susah dan senang.
"Sksksks"air mata di seka dengan hujung baju tidur.
Ketukan di pintu membuatkan Maisara berpaling,laju sisa air mata di lap.Pasti ibu mertua dia,dia tak mahu lemah di depan wanita itu.
"Menantu mama tak tidur lagi ke?"tegur Puan Sri Fatima membawa segelas susu kepada Maisara.Maisara senyum nipis.
"Tak ngantuk lagi ma"
Puan Sri Fatima senyum segaris,dia tahu Maisara menanggis dengar saja dari suara garau itu dan hidung tersumbat.Lagipun dia dah lama berdiri depan pintu mendengar rintihan Maisara.
"Susu minum tauu"pesan Puan Sri Fatima menhulur gelas itu.Sebenarnya Zafril yang pesan suruh bagi isteri kesayangan dia minum susu sebelum tidur.Sayang bini sungguh anak kedua dia tu.
Maisara meneguk susu sehingga habis walaupun dia dah muak dengan susu yang tiada rasa ini tapi dia harungikan saja demi anak dalam perut.
Puan Sri Fatima ambil semula gelas itu di letak atas meja kecil.Belakang badan Maisara digosok perlahan.
"Maisara ada sakit mana mana tak?pinggang ke?kaki ke?mama boleh urut kan?"
Maisara tersentak sikit dengan pertanyaa ibu mertua dia,dia nak terima tawaran Puan Sri Fatima tapi..Maisara geleng kepala dengan senyuman manis.
"Tadi sakit sekarang okay dah"jawab Maisara.Tidak mahu lah ibu mertua dia urutkan,dah lah menumpang rumah orang lepastu suruh urut pula.Ingat kau ni raja!
Puan Sri Fatima senyum senang,selama Maisara dekat sini memang wanita ini tak pernah minta tolong dia.Tapi dia tahu Maisara betul perlukan bantuan.
"Zafril ada call?"
"Uh?"Maisara pandang Puan Sri Fatima dahulu sebelum menundukkan kepala mendengar sebaris nama itu.Perlahan kepala mengeleng.
"Kamu masih marahkan Zafril?"Puan Sri Fatima turut menunduk cari wajah Maisara.Dia hanya cuba nasib,dia juga begitu pada mulanya tapi lama-lama dia berasa bersalah tanpa usul periksa.
"Isteri mana tak sakit hati ma"
Maisara diam tidak boleh teruskan ayatnya,air mata yang betakung di tubir mata perlahan turun.Dia tewas dengan perasaan ini.
"Syhhh dah mama faham.."Ditarik Maisara ke dakapannya.
"Maisara rindukan abang tapi Maisara tak boleh terima abang buat macam ni dekat Maisara"ujar Maisara dalam esak.Dia tak boleh dengar nama Zafril auto nak menanggis.
Lelaki itu yang selalu ada dengan dia melawan rasa sakit tapi lelaki itu sendiri yang wujudkan rasa sakit dia kembali.Arh !apa ni!
"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya,kamu doa supaya di berikan petunjuk"memang betul isteri mana nak dicurangi oleh suami sendiri.Masalah besar yang boleh pecah belah kan keluarga kecil ini.
Maisara diam dalam pelukan ibu mertuanya,pelukan seorang ibu.Rasa ketenangan ini sama seperti Zafril berikan kepada dia saat dia butuhkan lelaki itu.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...