Puan Sri Fatima memeluk tubuh Zayyan yang seperti anak kecil selepas dimarahi oleh ibu.Tapi ini bukan ibu melainkan bapak singa.Belum sempat Zayyan nak buka mulut singa dah meraung.Siapa lagi kalau bukan dia...
Zafril bercekak pinggang melihat dua beranak berpelukkan.Punca manjakan sangat anak jantan,dah nak masuk umur 30 duduk bawah ketiak mak lagi.
Puan Sri Fatima mengeleng kepala pandang Zafril.Zafril mencebik bibir,dia bukannya marah sangat pun,manja-manja gitu je.
"Cengeng"sindir Zafril.
Lagi pun tu memang salah Zayyan sendiri,siapa suruh mengadap video game 24 jam.Kan singa dah mengamuk,macam tak ada kerja lain je nak buat.
"Dari kelmarin aku tengok kau main game tu,tak ada kerja lain ke nak buat?nak tunggu Allah tarik nikmat kau dulu baru nak insaf?"tenang Zafril menegur,dia amat tegas dalam bab-bab masa.
"Alah Zayyan main kejap je bukan lama pun"jawab Zayyan menukar posisi pelukan.Tangan melingkar pada pingang mama dia dan kepala di lentok pada bahu.
"Menjawab!"
Zayyan mencebik,pergaduhan kecil telah berlaku di dalam bilik tidur nya.Menyesal tak kunci pintu bilik,abang dia ni suka buat spotcheck pagi pagi.
"Sudah lah tu Zafril,dah lewat ni pergi kerja sana"halau Puan Sri Fatima sekali gus mahu lerai kan pergaduhan kedua anak teruna.
Susah lah hidup dia membela seorang nakal seorang tegas macam kucing dan anjing je.Hakikatnya setengah perangai memang tak boleh diubah.
Zafril menjeling menyampah.Briefcase di ambil kasar atas katil Zayyan.Kaki berjalan menuruni anak tangga menuju ke garaj kereta.Buka saja pintu kereta dia melempar briefcase begitu saja.
Enjin kereta dihidup dia mulakan pemanduan mahu ke tempat kerjanya.Sambil menhadap jalan raya Zafril memasang lagu di radio nya.Umur tua tapi jiwa muda,lagu bahasa english menjadi peneman ke tempat kerja.
Ting !
Tepat di lampu isyarat mesej masuk,Zafril mengambil telefon di dalam poket seluar nya.Lupa nak buat keluar tadi.
Mesej di buka.
Mrs Zafril
Ha yelah terima kasih puji saya..bye !Haih cik tunang balas mesej rupanya,gambar tunang mereka ada pada Maisara jadi dia minta lah nak simpan.Alang-alang boleh lah slow tukar wallpaper yang dah lama berhabuk ni.
-Bye cinta takecare ><
Telefon di lempar ke seat sebelah,lampu sudah bertukar hijau.Haih senang nya dalam hati kalau dapat kahwin!dunia ini bagai kan ana yang punyaaa!
Kalau ikut kan hati dia ni sekarang juga nak kahwin tapi di sabar kan dulu diri ini.Tujuan dia ingin Maisara selesa dulu dengan dia,sebab tu dia selalu mesej wanita itu.Biarlah Maisara menyampah pun,ada dia kisah?
Nanti jadi bini aku juga!
_____
Tubuh Maisara mengeliat geli baca balasan mesej Zafril.Cinta?erh tak tahu nak cair ke nak geli,dua dalam satulah rasa sekarang ni.
Mesej tu dari semalam dah Zafril hantar tapi saja dia nak balas pagi ni.Bukan biasa pun dia mesej dengan orang lelaki.Zafril ni pula suka meleret kan perbualan,banyak soalan nak disoal.
Menyampah tapi dalam hati suka!eh tak tak !
Maisara menyimpan telefon ke dalam beg apabila bos besar dia lalu.Tak boleh bagi nampak curi tulang ni,nanti dileteri pula.
Status dia sekarang ni masih di rahsia kan daripada rakan kerja.Tunggu lah dua minggu nak kahwin nanti dia heboh kan,biar kasi masyuk tengok muka terkejut diorang.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...