Special Chapter IV

223 20 0
                                    

Botol susu bertukar tangan dengan Zahra,dapat saja susu terus mencicit lari anak kecil itu.Maisara berjalan ke arah Mikhail yang sibuk menguyah rambutan sambil berjalan.Sudah pasti dari kebun belakang rumah.

"Mana Zafril?"tanya Maisara usai berhenti depan abangnya.

"Amboiii,takboleh berenggang sikit pun ea"sakat Mikhail dengan mulut mengembung.

"Kat kebun lagi tengah kait rambutan"

Terus Maisara membuka langkah kembali pergi ke kebun.Semenjak ada cucu Encik Mansor gemar tanam buah-buahan kerana setiap kali balik ada saja permintaan si cucu nak makan buah itu lah nak makan buah ini lah.Dari laburkan duit beli dekat kedai baik tanam sendiri tak membazir.

Maisara melihat Zafril dari jauh bibir tak lekang dari senyuman.Dia semakin obses dengan suami sendiri sampai tak boleh nak berenggang sesaat penangan mengandung rasanya.

Hampir nak sampai kaki dia berhenti mendengar tawaan halus dari seorang wanita yang berdiri di luar pagar.Memudar senyuman dia bila Zafril turut ketawa.Haih sejak bila suami aku pandai mengorat orang ni!

Sakit mata melihat kemesraan itu terus dia berjalan laju menhampiri Zafril.Belakang badan Zafril dipukul kuat sehingga terkejut lelaki itu.

"Eh sayanggg,buat apa dekat sini"langsung tak terkejut dengan kehadiran isteri dia.Galah disandarkan pada pokok.Dia menyapu tangan hilangkan kotoran.

Maisara tak lepas pandang wanita yang masih berdiri di situ.Rauk wajah wanita itu berubah hampa apabila Zafril panggil Maisara dengan panggilan sayang.

"Awak bercakap dengan siapa tu?"perlahan Maisara tanya tidak mahu orang ketiga dengar.Cantik juga minah pagar ni.Puji lah sikit.

"Oh tu jiran kampung sebelah anak kawan umi,umi suruh bagi rambutan sikit"

Maisara kerling sekejap anak kawan uminya.Tak lepas pandang wanita itu terhadap suami dia.

"Adik abang Zafril ke tu?nampak muda je"

Berdesing telinga Maisara dengar panggilan dan nada wanita itu.Berubah terus wajahnya.Zafril perasan perubahan Maisara,dia hendak buka mulut,tak sanggup nak start gear gaduh dengan sang isteri.

"Ha'ah saya adik dia,awak siapa?"mesra Maisara jawab sekaligus tutup mulut Zafril.

"Sayang"jatuh rahang Zafril.Beraninya mengaku dia sebagai abang?tak ingat ke anak dalam perut tu anak aku!

Maisara mendekati wanita itu.

"Nama saya Orked"

"Saya Maisara,duduk dekat mana?"Maisara maniskan wajah dia berbual dengan Orked.Cantik nama patutlah abang Zafril gatal nak berborak.

"Saya duduk sebelah rumah Haji Lena je,datang ni mak saya suruh ambil rambutan"senyum sampai nampak gigi Orked berkata.

Bagaikan cahaya terang masuk ke dalam mata Maisara.Orked langsung tak lihat muka dia apabila bercakap,ada pun sekejap-sekejap.

"Abang saya handsome sangat ke sampai awak tak berkelip?"waduh soalan panas.

Mungkin Orked tak dengar panggilan Zafril terhadap dia sebentar tadi tu yang galak pandang tak lepas dari tadi tu.

Orked sengih kambing,alahai malu-malu kucing pula dah.Maisara sengih mengajim.

"Handsome sangat,saya suka body macam abang Zafril.Pakai apa-apa pun cantik"puji Orked menepuk bahu Maisara.Seganlah tu puji depan bakal adik ipar.

"Oh try lah tackle mana tahu boleh.."cadang Maisara ikhlas dari hati.Nak juga merasa ada madu ni,rasa nak lempang je.

"Boleh ke?"cerah terus mata bila dapat lampu hijau.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now