"Ala payung si intan payung dipandang manja setahun jagung.."
Maisara memerhati saja Mikhail bernyanyi sambil menari zapin di hadapan dia.Rasa nak tangkap terus masukkan ke dalam guni bagi makan buaya tak pun jual je senang.Siapa nak beli tekan beg kuning!
Dari tadi Maisara gelisah bagai nak rak,tangan meramas sesama sendiri.Perasaan resah menunggu tetamu istimewa mereka tiba.
Kata umi bakal mertua dia mahu datang bertandang sambil berkenalan dengan bakal besan.Kata Puan Siti lagi,si lelaki itu anak yatim kematian ayah.Maisara baru saja tahu perihal itu,takut pula nak tolak.
"Mesti you nervous kan?"Mikhail mengejek Maisara dengan wajah jelek lidah di gigit.Suka lah permainkan adik sendiri.
Maisara pejam mata nafas di tarik dalam-dalam,kalau bukan sebab berdebar ni sudah lama pasu dekat depan dia ni mendarat atas kepala lelaki itu.
"Relax aa,chill chill je"hado kemain kau chill chill kan dia.Kawan tu nak keluar air besar pun susah rasanya.Tersekat di tengah jalan.
"Apa- apa jelah bang,duduk lah dalam dunia sendiri"balas Maisara mendatar,malas sudah nak layan perangai keanakan abangnya.
"Ha tu kereta,dah sampai lah kot"kata Puan Siti menjenguk luar rumah.Kereta yang baru masuk halaman rumah mengamit badan Maisara bangun intai sekali.
"Umi betul ke ni?"
"Tak kan nak suruh diorang balik"mereka semua sudah berada di depan pintu ingin menyambut tetamu.
Maisara kawal riak ingin mengintai orang dalam kereta tapi hampa cermin kereta terlalu gelap untuk dia yang kurang pencerahan ini.
Maisara garu kepala yang berlapikkan tudung bawal.Kalau boleh putar waktu semula sudah pasti dia mahu berada zaman sekolah.Sukar juga hidup dia sekarang ni,belum ada apa-apa ikatan pun dah berdebar.
"Assalamalaikumm"
Keempat pasang mata terarah kepada sapaan salam seorang wanita berusia cantik awet muda.Puan Sri Fatima menyalami tangan Puan Siti kemudian dia bergerak ke arah Maisara.
"Maisara yaa?"
"Ha..ha ye saya"loading Maisara sekejap.
'Ya Allah menantu aku cantik nya!mata hazel!"puji Puan Sri Fatima dalam hati.
Mikhail di sebelah di beri senyuman saja.
"Ni anak bongsu saya Zahirah"
"Oh besar semua dah anak-anak"Puan Siti menyambut huluran tangan Zahirah.
"Jemput lah masuk"pelawa Encik Mansor.
Maisara toleh ke arah abangnya.Mikhail mengerakkan kepalanya sedikit 'apa'.Maisara mengeleng tiada apa.
Mana lelaki tu?tak kan dua orang je datang?
"Terima kasih lah sudi datang dari jauh"
"Takpa lah demi menantu saya ni saya sanggup"ceria sekali Puan Sri Fatima.Restu benar dah agak nya.Tengok lah duduk sebelah siapa,siap pegang tangan lagi.
"Erk..."pertama kali jumpa ni,bercinta pun tidak dengan anak makcik.Macam dah berkenan je dengan dia ni.Mertua dari heaven ke ni?
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...