43

1.5K 102 2
                                    

Pang !

Satu tamparan hinggap pada wajah putih yang sudah bertukar merah.Bergema sampai otak boleh bergegar.

"Sanggup kamu tolak Maisara Tasha?manusia jenis apa kamu ni ha?!tiada hati perut langsung!"hambur amarah dari Puan Sri Fatima.Tidak sangka anak saudara dia mempunyai hati busuk seperti ini.

Keadaan menjadi amat tegang malam ini.Baru pertama kali melihat wajah amukan Puan Sri Fatima.Yang tinggal hanya keluarganya dan keluarga Puan Fatin.

"Maaf kan Tasha MakLong.."

"Boleh pergi mampos lah maaf kau tu!"bengang Zafril tengking.Sudah lama dia sabar dengan sikap Tasha tapi hari ni wanita itu sudah melampaui batas.

"Saya minta maaf..."ucap Tasha lagi cuba meraih tangan Zafril.

"Diam!"keras amaran Zafril,dia menepis tangan Tasha.

Zahid dan Zayyan yang melihat itu mempamerkan riak jijik terhadap tindakan Tasha.Dasar wanita tak tahu malu.Tak tahu halal haram ke ha?

Zahirah berdiri di belakang sofa itu juga geram dengan sepupu dia.Kalau lah dia tak ikut cakap wanita itu tadi pasti semua ini tidak akan berlaku.

Kaku badan Tasha berhadapan dengab kemarahan Zafril dan Puan Sri Fatima.Kepala itu menekur lantai,berani buat berani tanggung lah!

"Sudah Tasha !jom balik !"celah Puan Fatin kepada anak tunggal dia.Tak betah juga dia dengan perangai gila anak dara dia ni.

Tangan Tasha disambar kasar oleh Dato Fathi.Malu dia dengan perangai tak semengah anak tunggalnya.

"Aku minta maaf sangat sangat kak dengan anak aku tu"ucap Puan Fatin penuh dengan penyesalan.Tangan kakaknya digenggam erat.

"Bukan salah kau pun dik,anak kau tu je kurang didikan"kata Puan Sri Fatima berbaur perlian.Anak takkan jadi macam tu kalau mak ayah pandai didik.

Puan Fatin senyum nipis.Dia berjalan ke arah Zafril pula.

"Maksu maaf dengan Zafril dan Maisara,maksu betul-betul kesal kesal dengan perbuatan tak matang Tasha tadi"tangan kanan Zafril digenggam erat,betapa bersalahnya dia terhadap anak suadara dia.

"Sokay maksu"Zafril senyum tawar.Salah mak sebab beri didikan tak betul kepada anak.Belajar jauh dekat oversea bawa balik sijil phd tapi otak mereng.Membazir duit bela orang macam tu.

Hilang kelibat tiga beranak itu Puan Sri Fatima labuhkan duduk atas sofa.Tapak tangan mengurut dada yang sikit lagi mahu capai tahap sakit jantung.

Pedih telinga mendengar pengakuan Tasha yang sengaja menolak menantu dia.Apa lah wanita itu fikiran kan,tak matang sungguh!

"Maisara macam mana?"tanya Puan Sri Fatima risau.

"Dua-dua okay"Maisara direhatkan dalam bilik.Sepatutnya isternya harus menginap di hospital tapi tahap kedegilan Maisara sukar diatasi jadi terpaksalah rasuah doktor.

"Kaklong rasa mungkin nanti Maisara deman tu,Zafril stanby jelah eh"seperti sudah dapat baca dari raut wajah biras dia.Yelah dia kan seorang doktor mesti lah tahu dan dia juga ada pengalaman kena selam semasa mengandungkan anak kedua ni.

"Ye ke kaklong?"nada sudah berubah kerisauan.Ha sudah ni tak boleh ni.

"Atas antibodi Maisara lah"kata Nora lagi.

Zafril angguk faham,isteri dia selama perkahwinan ni tak pernah lagi Maisara terkena sebarang penyakit kecuali yang satu itu.

Dia sudah risau tak boleh duduk diam ni.Haih.

____________

Usai habis berborak Zafril menapak masuk ke dalam bilik tidur.Lama tinggal Maisara bimbang juga dia apa yang dikatakan oleh kakak ipar dia tadi.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now