41

1.7K 102 2
                                    

Perjuangan orang islam menjalani ibadah puasa sudah sampai ke titik nya.Di mana pagi yang penuh dengan kesyaduan telah pun tiba.

Takbir raya menjadi melodi yang sungguh indah pada pagi ini.Tersentuh hati bak dicucuk jarum dengan lembut.Pakaian sedondon itu sudah pasti kuih raya tersusun itu mesti duit raya itu wajib.

"Selamat hari raya...hari untuk kita gembira..minta mak kuih sepotong saya mahu makan kerna perut kosong...selamat..hariiiii raaaaayaaaaaa ! hiphip horay !"Mikhail melantun kan suara perak nya.Pintu kereta di katup dengan gembira.Terhayun hayun tangan ke atas.

Maisara mengeleng kepala dengan perangai tak ubah seperi budak darjah satu.Enam tahun tak macam tu.Lirik pun beterabur sekali.

Mereka baru pulang dari masjid sembahyang raya berjemaah.Wajib setiap tahun pergi tak pernah terlepas pun.

"Abang kau tu kenapa gembira sangat?ada gegaran otak ke selepas puasa?"

"Jin kan dah terlepas semalam,tu lah"Maisara memucung kan bibir dia ke arah Mikhail yang sudah duduk atas kerusi rotan.Kerusi baru..hari raya kan.

Maisara masuk ke dalam bilik mahu tukar pakaian raya dahulu.Kain solat di pecat di gantung atas ampaian kayu.

Baju tshirt nya di lepas dari tubuh yang tinggal hanya baju dalam.Kemudian baju raya di ambil lalu di sauk ke tubuh molek nya.Tema tahun sudah semestinya warna pink berdesainkan kebaya.

Siap bahagian tubuh dia bergerak ke bahagian wajah pula,hanya bedak di tampal pada wajah dan gincu nude di oles pada bibir nya.

Seterusnya,tudung shawl berwarna putih cream di belik ringkas pada kepala nya.Yang penting labuh kena lah menutupi dada.

Ditilik sekali lagi di hadapan cermin bila sudah puas dia bangun dari kerusi meja mekap.Laci dibuka sampul duit raya diambil lalu keluar dari bilik.

Tersenyum manis melihat ahli keluarga yang lengkap berkumpul tahun ini.Satu persatu wajah orang tersayangnya dipandang.Waktu macam ni lah boleh kumpul bersama sama.Tak lupa juga bakal ahli keluarga baru dia yang turut beraya di sini tahun ini.

Mariam meminta izin dari orang tua nya mahu beraya di sini,ibu bapa dia juga tak keberatan jadi di izin kan saja.

"Umi ayah Maisara minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,Maisara sayang umi dan ayah"dia memegang kedua belah tangan umi dan ayahnya sekaligus.

"Selamat hari raya"kedua pipi Puan Siti dicium lembut kemudian bibir itu bergerak ke pipi Encik Mansor pula.

Yang lain beratur dari belakang ingin membuat sesi memohon keampunan.Hari raya je boleh minta maaf hari biasa jangan harap.

"Samat hari raya bang.."ucap Maisara separuh ikhlas kepada abang sulongnya.

"Hmm"ringkas saja ucapan selamat hari raya Mikhail.Malas nak minta maaf bagai nanti buat salah juga.

Sampai di depan Zafril Maisara sengih seperti kerang busuk.Dengan mamat ni paling banyak dia buat salah ni.

Zafril senyum manis disapa wajah ayu itu,tangan kiri di lapik seperti roti atas tangan Maisara.

"Abang saya minta maaf salah silap saya selama ni,saya banyak buat salah dengan awak"disalam cium tangan kekar itu.

"Abang minta maaf juga,terima kasih jadi isteri yang baik untuk abang"tangan bertukar mendarat pada tepi bahu Maisara,di tarik isterinya mendekati dia.

Zafril labuhkan bibir dia pada dahi dan kedua belah pipi gebu Maisara.Makin berseri lah isteri dia ni!geram rasa nak gomol gomol!

Mikhail lihat saja adegan manis adik dan adik iparnya.Menyampah betul nak cium-cium depan orang.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now