Maisara dapat mesej dari seorang wanita yang berani untuk runtuhkan rumah tangga dia.Dia meminta izin dari ibu mertuanya untuk keluar sekejap.
Dia tidak sendiri ada Nora yang teman atas arahan ibu mertua mereka.Selepas Maisara nyatakan sebab kenapa dia keluar terus naik geram Nora dibuatnya.Dia nak tengok wajah yang berani kucar kacirkan rumah tangga orang ni.
"Sara pasti ke nak pergi sorang-sorang ni?"Nora mengerutkan kening ingin yakinkan Maisara.Berbuih mulut dia tawarkan diri untuk pergi bersama tapi Maisara halang.Dia cakap ni urusan dia dan wanita itu.
"Iye..akak tunggu sini je,Maisara masuk dalam"ujar Maisara senyum kecil.Dia hanya bawa telefon saja bersama.
"Apa-apa call terus akak"pesan Nora sebelum Maisara keluar dari kereta.Maisara angguk kecil.
Maisara berjalan masuk ke dalam sebuah ruang yang kecil.Sunyi hanya bunyi air yang jatuh ke lantai.Berkerut dahi melihat persekitaran yang kurang nyaman itu.
"Welcome nice to meet you my honey"
Kepala berpaling ke arah sapaan itu.Seorang wanita berambut perang senyum dengan penuh makna.
Maisara mengecilkan mata cuba mengigati sesuatu.Tak silap dia,dia pernah nampak wanita tersebut.
"Ye aku lah perempuan yang dekat taman tu,aku tahu kau masih ingat"
"Kau nak apa ajak aku jumpa?"
"Relax aa sis,saja nak berkenalan dengan bakal madu I"sinis Tengku Aryan berkata sambil memberi pandangan sarkastik.
Setapak demi setapak dia berjalan mendekati Maisara.Maisara apa lagi dia mengundurkan diri kebelakang.Takut juga kalau wanita itu bertindak di luar kawalan.Yang dia risaukan hanya kandungan dia saja.
"Aku dengan Zafril dah lama bercinta sebelum kahwin dengan kau lagi"
Tanpa diminta Tengku Aryana bercerita.
"Tapi tulah aku terkejut tiba-tiba dia cakap yang kau ni isteri dia.Jantan memang macam tu lepas puas lepaskan nafsu terus kena tinggal,macam aku.."Tengku Aryana memintal hujung rambut,saja dia bernada sedih.
Maisara masamkan wajahnya,dia tahu Tengku Aryana saja nak sakitkan hati dia.Berdesing juga telingan dia apabila Tengku Aryana bercakap buruk soal suaminya.
"Habistu kenapa kau tak halang perkahwinan kitaorang"
"Wanita yang baik kan dapat lelaki yang baik,macam kau dan Zafril lah.Dua-dua baik"perli Tengku Aryana berjalan mengelinlingi Maisara seperti bulatan.
"Aku sebenarnya dah redha lelaki yang paling aku cintai jadi milik orang tapi tu dulu sebelum aku dapat tahu aku mengandung"
Dush!
Maisara terpukul dengan kata Tengku Aryana yang memberi satu maksud.
"Mesti kau tertanya-tanyakan anak siapa?"
Syok sendiri wanita ni,orang tak tanya pun.
"Kau jangan nak cakap yang tu anak Zafril"Maisara beranikan diri bersuara.
"Sayangnya iya"
Seperti ada kaca menusuk belakang badanya.Sakit hati dia dengar jawapan wanita itu.
"Aku tahu tu bukan anak Zafril,mustahil lah wanita macam kau ni hanya Zafril yang sentuh"berbisa ular berbisa lagi mulut wanita.
"Apa kau cakap?!kau ingat aku wanita murah ke ha nak jual maruah aku sesuka hati je"Tengku Aryana mula begang.Wah hebat juga perempuan sundal ni.
"Kau terasa?habistu kau sedap tidur dengan suami orang tu kenapa?tak salah kalau aku anggap kau macam tu kan?"Maisara memberi kata yang mampu buatkan darah dalam diri Tengku Aryana mengelegak.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...