25

2K 106 4
                                    

Hari yang dinantikan telah pun tiba,jumaat yang penuh dengan barakah dimana seorang wanita akan bergelar makmun kepada seorang iman.

Anak Cina memasang lukah,lukah dipasang di Tanjung Selasih,pasangan pengantin segak melangkah,mara menuju mahligai kasih.

Maisara ayu memakai busana pengantin warna putih suci.Hanya sepasang mata kelihatan kerana wanita itu memakai purdah bagi menutupi wajah.Bukan wajib pun saja nak cukupkan syarat.Syarat apa?

Berpeluh sakan tangan Maisara digenggam oleh Puan Siti.Debaran dia lain dari bertunang,kali ni kahwin.Mereka akan hidup berdua selama nya!

Tidak lupa pengantin lelaki kita,segak memakai baju melayu.Badan yang tegap menampakkan lagi kekarismaan lelaki itu.

Tok kadi mula bertanyakan soalan sebelum memulakan akad.Disoal rukun iman,mengucap,bacaan qunut dan sebagainya.Nak jadi ketua keluarga mestilah mempunyai ilmu agama untuk mendidik bakal keluarga kecil kelak.

Alhamdullilah jejaka tu boleh jawab,sebulan nak kahwin dia dah practice bagai nak rak.Habis buku panduan dia baca.

"Baik saya mula kan yaa?"

Ini lah saatnya,sekali seumur hidup ! tangan Zafril sudah berjabat dengan tangan Encik Mansor.Maisara mula kembali gelisah,wajah bakal suami dia dipandang,tenang saja lelaki berusia itu.24 dan 35 ?tak adalah tua sangat.

"Muhammad Zafril Adhan bin Zaid "

"Ya saya.."

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Maisara binti Mansor dengan mas kahwin sebanyak rm100 tunaiii"

Nafas ditarik sehabis dalam..Aku Zafril Adhan...

"Aku terima nikahnya Nur Maisara binti Mansor dengan mas kahwin tersebut.."Zafril melafaz akad dengan tenang,tiada nada gementar dan gagap.

"Sah ?"

"Sah"

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdullilahh"saat itu tangan Zafril dilepaskan bererti perkahwinan Zafril dan Maisara sudah sah bergelar sebagai suami isteri.Serius lah?

Tersenyum sampai ke telinga Zafril,mengaminkan wajah dengan perasaan syukur dan gembira sekali.Akhirnya wanita itu menjadi sebahagian hidupnya.Tulang belakang..

Maisara tarik nafas lega,sukar nak gambar kan perasaan dia sekarang ni.Nak nangis?nak gembira?nak meraung?semua bercampur baur.

Kadi membaca doa syukur ke atas dua pasangan itu.Semoga kekal hingga hari tua.Selesai bacaan doa,Zafril meminta diri untuk solat sunat nikah.

Tubir mata dilap dengan tisu,sekarang dia dah bergelar isteri kepada jejaka itu.Perkenalan yang singkat,harap jodoh mereka kekal hingga ke syurga.

Usai solat sunat Zafril datang ke arah Maisara yang duduk bersimpuh atas pelapik nikah.Tangan membetul kan songkok.Mata bertentang mata,nampak cantik mata bundar hazel itu.

'Arh tak sabar nya nak peluk bini!'bentak hati Zafril.

Zafril labuhkan duduk di atas pelapik nikah yang sama seperti Maisara.Para pihak sudah menunggu sesi pembatalan air sembahyang.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now