Maisara bermain dengan seekor katak yang telah dijumpai tadi semasa menyapu sampah di belakang rumah.Katak berwarna koko nampak comel di mata dia sebab tu lah main rembat je.Nanti dia akan pulangkan balik risau mak ayah katak ni cari anak nya yang hilang.
"Ya Allah Nur Maisara ! kau main apa tu ya Allah ya Allah eee geli lah!"
Maisara memaling wajahnya lalu sengihan nakal terbit pada bibir dia.Riak geli pada wajah Mayra mencuit hati dia,Mayra baru pulang dari kerja di tangan kakaknya itu ada plastik yang cukup dia kenal.
"Adik obses dengan katak kak"kata Maisara,kelmarin penuh lalu fyp tiktok dia.Orang main katak dengan nada huhahaa huhahaa.
"Ya Allah adik buang binatang tu jauh-jauh,kalau tak kakak tak bagi roti"
Serta merta wajah Maisara bertukar monyok,no!diturutkan saja kata Mayra.Katak itu diletak atas pasu.Pergi lah kau dengan damai!dia bangun dari cangkung tangan yang pegang katak tadi di bawa ke paip air.
Kemudian dia ke arah Mayra yang masih setia menunggu dia di atas tangga.Tapak tangan di buka mahukan plastik itu.
"Esok dah nak masuk 23,jangan main katak lagi"Mayra titipkan pesanan dahulu sebelum memberi plastik roti kepada Maisara.
"Tabiat kak mana boleh ubah"balas Maisara melihat isi plastik.Satu jenis roti saja mampu buat dia bahagia.
"Hmm"
Mereka berdua masuk ke dalam rumah sudah mahu masuk waktu magrib.Maisara melihat Puan Siti yang sedang menutup tingkap,dengan ringan tulang dia tolong tutup kan juga.Plastik roti di sauk seperti membawa handbag.
Esok sudah masuk tahun baru bermakna Maisara akan sambut kelahiran yang ke 23.Hari lahir dia tepat jam 12 malam tahun baru.Jadi senang mahu ingat.
Sambil tunggu azan magrib rumah Encik Mansor bersiap dahulu untuk solat jemaah keluarga.Menjadi kebiasaan bagi keluarga itu.
Maisara dan Mayra terlebih dahulu sampai di ruang solat.Sambil tunggu umi dan ayah,mereka berdua bercakap.Maisara memaut lengan Mayra di buat tempat menyandar kepala.
"Kak esok adik 23 makna nya akak dah masuk 26 lah kan?"
"Hmm"guman Mayra malas,dia sibuk berzikir sekarang ni sambil pejam mata menhayati.
"Dah siap?"sapa Encik Mansor dari arah pintu.
"Dah bapak"balas Maisara angkat tangan.
Encik Mansor mengambil saf depan selaku menjadi iman keluarga.Beriman kan tiga wanita yang dia sanyangi.Dengan bismillah dia menangkat takbir.
Solat itu tiang agama,sejahat sejahil mana pun kita tetap lah melaksanakan kewajipan nya.
____________
Sepuntung rokok di masuk kan ke dalam mulut,berkepuk asap menerajui sekitar dia.Jiwa tenang sambil melihat awan yang sudah gelap yang hanya ada bulan dan bintang menemani kegelapan itu.
Bibir di juih mengeluarkan asap rokok,kemudian masuk kan kembali.Angin malam yang kuat langsung tak menyejuk kan badan nya yang tanpa baju.
Gambar yang di papar kan pada skrin telefon menjadi santapan dia sebelum tidur.Fikiran dia ligat memikirkan sesuatu ataupun cara untuk bebas dari perasaan ini.Sungguh diri dia berbelah bahagi.
"Adik kau memang melampau Mikhail"ujar Zafril sendiri.Mikhail baru saja memuat naik status gambar Mikhail dan Maisara.Wanita itu sudah berusia 23 tahun malam ni.
Sempat saja dia screen shot di simpan dalam galery telefon dia.Gambar wanita pertama yang berjaya masuk gallery photo dia.
Tak sampai separuh Zafril mati kan rokok ditenyeh hujung rokok itu pada piring leper.Kemudian dia bangun melangkah masuk ke ruang bilik.Pintu balkoni di katup.Telefon dia lempar ke atas katil lalu ke arah tandas mahu memberus gigi.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...