36

1.8K 99 1
                                    

"Don't touch her"

Dani berpaling ke belakang.Terasa gentar tapi dia kawal riak wajahnya.Maisara dari wajah takut terus ke wajah kecut perut.

"Abang"hanya suara angin yang keluar dari mulutnya.

Zafril keluarkan kedua belah tangan dari dalam poket berjalan mendapatkan Maisara.Dia duduk bercangkung depan Maisara.Binatang panjang itu diambil lalu dibuang jauh-jauh.

Maisara tak berkelip pandang tindakan Zafril.Wah macam tu je dia buang?Plastik rambutan dipeluk erat di dada.Zafril bangun dengan wajah mendatar.Tangan masuk kembali ke dalam poket seluar.

Dani berdehem membuang kekekokannya.Dia betulkan kolar baju t-shirtnya.

"Bila awak sampai?"tanya Maisara ingin memecahkan kesunyian sekarang ini.Aduh entah kenapa tiba-tiba jantung mengepam laju.Kenapa ea?

"Baru je"balas Zafril dingin.Dia menjeling halus Maisara sebelum melihat wajah sepupunya.

"Bila kau sampai?"soal Zafril mendatar.

"Semalam"jawab Dani sambil menyambut salaman Zafril.

Zafril angguk faham.Dia pandang Maisara kembali,isterinya tidak berkelip menatap dirinya.

"Masuk"arah Zafril tanpa perasaan.

Maisara telan air liur dapat dia rasakan aura Zafril lain dari sebelum ini.Tanpa bantahan Maisara masuk ke dalam rumah dengan plastik besar berisikan rambutan.

Agak-agak tenang tak makan rambutan?.

Zafril berjalan ke arah kerusi tepi kolam ikan diikuti dengan Dani.

"Kau buat apa datang sini?"tanya Zafril penuh dengan kedinginan.

Dani senyum nipis.Dia menepuk bahu Zafril berkali-kali.

"Aku minta maaf soal tadi,kau janganlah serius sangat aku nak tolong bini kau je pun"ujar Dani lari dari jawapan untuk soalan Zafril.

Ini lah perangai sebenar Zafril yang dimaksudkan olehnya.

Zafril senyum senget.

"Aku tak kisah kau nak bercakap dengan isteri aku tapi jangan sentuh dia"

"Well"Dani menjungit bahu dengan bibir mencebik.Terpaksa bro,takkan nak duduk makan rambutan tengok wanita kena serang.

Daniel Marquez lelaki kacukan melayu dan sepanyol.Selepas bertahun menetap di bumi sang ayah akhirnya dia pulang ke Malaysia untuk melunaskan rindu kepada ahli keluarga terdekat.Dia pulang ke sini bukan untuk selamanya tapi hanya sekejap kerana dia lebih selesa berada di luar negara.

Zafril mendaki tangga naik ke tingkat atas.Badan melekit penuh dengan peluh bermain bola dengan Dani sebentar tadi.Lelaki itu meminta diri untuk pulang usai puas duduk di rumah orang.

Pintu bilik waktu bujangnya dibuka.Terbit senyuman halus melihat sekunjur tubuh atas katil.Maisara meringkuk tidur dengan badan tersarung baju sembahyang.Tidur lepas asar amatlah tidak digemari oleh Zafril.

Dia mendekati Maisara.

"Sayang.."kejut Zafril lembut.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now