Bulan terakhir sudah pun tiba di mana Maisara sudah berada di ambang kelahiran.Dengan itu Zafril rasmi sudah bercuti dari kerja,dia sentiasa menemani si isteri yang sudah berada di hospital ibu dan anak.
Tangan tak lepas dari mengenggam tangan Maisara,jelas isteri dia gugup menanti waktu untuk bertarung nyawa.Wanita itu mengelamun saja dari tadi.
"Sayang okay tak ni?"
"Sayang..?"panggil Zafril lagi Maisara tidak menyahut.
"Uh?"Maisara lihat Zafril kemudian tak segan air mata dia jatuh.Zafril cuak dengan balasan isteri dia,nak bersalin dah ke?
"Abanggg.."Maisara mendepakan tangan ingin memeluk Zafril.Zafril tanpa apa apa terus memeluk tubuh sang isteri.
Dia tahu Maisara sedang berperang dengan perasaan,kata doktor bukaan Maisara baru 3 cm.
"Abang tak boleh nak rasa apa apa,abang tahu awak takut tapi abang yakin awak boleh lawan.Demi anak kita sayang"Zafril cuba bantu Maisara lawan rasa takut.Dia lelaki tidak pandai nak cuba rasa sakit yang di hadapi oleh kaum isteri.
Maisara senyap dalam dakapan hangat Zafril,dia cuba menyerap keberanian dari Zafril.Demi anak mereka dia cuba lawan kan.
"Syhh..abang baca kan surah maryam yaa"
"Hurm..nak peluk"cengeng Maisara membalas,dia tak nak lepas suami nya.
Zafril mengalunkan surah maryam,surah yang mempunyai pelbagai mafaatnya.Kurang rasa gementar dalam diri Maisara saat Zafril membaca surah maryam.
"Fakulii washrabii wa qarrii 'ainaa; fa immaa tarayinnna minal bashari.."Zafril berhenti seketika,kepala mengintai wajah Maisara yang jelas berkerut memejam mata.
"Ahadan faquuliii innii nazartu lir Rahmaani sawman falan ukallimal yawma insiyyaa.."
"Abang sa...kit"
Terhenti bacaan Zafril di situ.
"Dah tiba masa ke sayang?"kalut Zafril mengelap peluh pada dahi Maisara.
"Iye bang !cepat saya tak tahan dah ni"ujar Maisara dalam sakit yang tak dapat di bendung lagi.Bahu suami nya di tepuk kuat.
"Aaa.."masa ni lah otak blank.Dia ambil kerusi roda di tepi katil di bawa ke arah katil.
"Awak nak buat apa tu !!"dalam sakit dia berkata,bawah perut dia sudah mencucuk cucuk tak tertahan.Lemah dia melihat suami dia itu.
"Bawa awak ke bilik bersalin lah cepat!!"dalam berkata Zafril memimpin Maisara turun dari katil.
"Ya Allah"Maisara ikut kan saja ke mana suami dia mahu bawa kan.Labuh saja pungung dia atas kerusi roda terus Zafril bawa keluar dari bilik pesakit.
Kanan kiri Zafril berpaling,nak bawa pergi mana ea bini aku ni?Dia mencari doktor.
"Eh encik nak ke mana ni?"soal salah seorang doktor yang melihat Zafril menolak ibu mengandung.
"Tolong saya doktor saya nak beranak dah ni.."balas Maisara di celah gigi.Dalam hati nak memaki hamun je suami dia sebenarnya.Apasal tak tekan butang je!
"Lah kenapa encik tak tekan button je?kesian isteri encik ni..jom bawa ke labour room"
"Erk..baik baik"terasa malu pula,mana dia tahu ada butang otak tak boleh nak berfikirlah.
Zafril menolak kerusi roda mengikut doktor.Sampai depan pintu ruang bersalin dua orang pembantu doktor mengambil alih kerusi roda Maisara.Zafril di minta untuk tunggu di luar sementara memeriksa keadaan ibu mengandung.
Merinik peluh pada dahi nya,tangan bercekak pinggang ke hulur ke hilir.Gelabah dia mendengar jeritan isteri di dalam sana.Keluar seorang jururawat ke arah dia.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...