Selesai saja menunaikan solat isyak berjemaah Zafril terus ke ruang kerja yang hanya selang satu bilik saja dari bilik dia dan Maisara.Dia tidak mahu rumah yang terlalu luas dan besar kerana hanya mereka berdua saja dalam rumah ni sementara menanti sang malaikat kecil.
Kata Maisara senang dia nak kemas rumah yang bersaiz sederhana ini.Lagipun Maisara menyatakan tidak mahu ambil pembantu rumah.Cukuplah kudrat dia untuk berbakti sebagai seorang isteri.
Serius saja Zafril menyiapkan kerja yang tak sempat nak buat di pejabat tadi.Terlalu kelam kabut hari ni kerana syarikat dia telah didatangi orang ternama.Dekat tiga jam juga bersembang tanya itu ini.Tergendala sekejap kerja peribadinya.
Siapkan kerja dalam keadaan yang begitu tenang dengan cuaca hujan di luar sana.Macam tahu-tahu otak abang Japril sudah macam roller coster sekarang ni.
Zafril bersandar pada kerusi ingin rehatkan tulang belakang yang terbongkok dari tadi.Batang leher diurut perlahan,penat.Apa lah Maisara buat sekarang?mesti layan span kuning lagi.Tak habis dengan cerita kartun dia tu,baru tahu Maisara peminat tegar cerita spogebob squepants.
Telefon Zafril bercahaya menandakan seseorang memanggil dia dalam talian.Riak hairan keluar dari wajah itu,butang hijau di seret.Belum sempat nak buka mulut si dia sudah menyapa.
"Awak dekat manaa sksk saya takut"
Tersentak Zafril mendengar suara esakan daripada Maisara dalam talian.Tanpa banyak soal dia bangun berlari keluar dari bilik kerja.Dengan kasar dia merepuh segala pintu.
Maisara memeluk erat kedua lutut dengan badan diselumbungi comfoter itu membuatkan Zafril tertanya tanya(?).Segera Zafril memanjat katil.
"Sayang kenapa?ad..."Zafril belum sempat mahu habiskan ayat pantas Maisara memeluk tubuh Zafril erat.Terhinjut-hinjut bahu melepaskan tanggisan di dada Zafril.
"Saya takut.."Maisara menanggis bagaikan tak boleh berhenti dalam pangkuan Zafril.Dia tidak mahu susah kan Zafril tetapi bila rasa takut itu sudah sepenuh mengusai dirinya jadi dia terpaksa ganggu masa Zafril.
"Shuhh abang ada"Zafril mengemaskan rambut Maisara yang serabai.Di balas pelukan isteri dia dengan kemas,belakang tubuh Maisara di gosok.
Dia cuba tenangkan Maisara,dia kurang pasti kenapa isterinya jadi begini.Tetapi dia perasan apabila petir atau guruh berdetum badan Maisara akan menunjukan tindak balas seperti terkejut.
Dari situ dia dah boleh faham apa yang dialami oleh isteri dia.Zafril merengangkan sedikit pelukan mereka ingin mengintai keadaan Maisara.Sembab dan basah wajah ayu itu dengan air mata.Zafril mengelap wajah Maisara dengan tanganya sendiri.
"Mind to share with me?"lembut Zafril bertanya.Merah padam wajah Maisara dek menanggis.Comel je hidung isteri dia merah-merah macam badut.
Maisara mendongak mahu melihat Zafril.Mata yang masih tersisa dengan air mata itu bergetar merenung mata hitam pekat Zafril.Ingin menyerap kekuataan.
Zafril senyum manis dengan wajah Maisara yang mampu buatkan dia cair.Kenapa comel sangat dengan mata hazel tu!!
"Benda tu juga berlaku masa hujan saya tak nak ingat"ujar Maisara cukup perlahan dengan kepala mengeleng.Dia tidak mahu ingat kisah silam dahulu bersalam lelaki tersebut.
Maisara sedar keadaan dia dan Zafril,perlahan ingin leraikan pelukan tapi lain jadi Zafril tetap ingin memeluk Maisara,dia mahu Maisara berasa selamat saat berada dengan dia.Dia tahu apa Maisara maksud kan 'benda itu'
"Okey just forget it,abang ada dengan awak untuk lawan trauma tu"bisik Zafril mahu Maisara berikan kepercayaan kepada dia.Dia akan hapuskan segala kisah silam Maisara dari pelanduk serupa.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...