Kereta Mercedes Benz itu memasuki perkarangan sebuah rumah banglo besar bewarna putih.Harith memarkir keretanya sederet dengan kereta kereta lain yang berada di garaj.
Aulia memandang kelilingnya untuk melihat perkarangan rumah tersebut.Selepas Harith keluar dari kereta Aulia hanya mengikuti rapat dibelakangnya.Harith berjalan menuju ke pintu utama.
"Assalamualaikum"ujarnya lalu terus membuka pintu besar tersebut.
"Assalamualaikum"Aulia turut memberi salam dengan nada yang rendah.
Kerana rumah banglo ini sangat asing di matanya Aulia hanya mengikuti rapat dibelakang Harith.
"Anak mama!"Kelihatan Datin Hafsya datang menuju ke arah Aulia dengan Harith.
Datin Hafsya datang terus memeluk tubuh Aulia.Aulia agak terkejut kerana dia fikir yang Datin Hafsya mahu memeluk Harith...rupanya Datin Hafsya memeluk dirinya.
"Ah...yer mama"Aulia membalas pelukan Datin Hafsya walaupun pergerakannya agak janggal.
Datin Hafsya melepaskan pelukannya."Aulia macam mana ok tak?"tanya Datin Hafsya.
"Ahh yer mama ... Lia ok jer"jawab Aulia sambil tersenyum.
"Dah dah jom masuk...mama dengan papa Lia pun dah sampai jadi kita boleh lah bincang sama sama eh" ujar Datin Hafsya penuh mesra.
"Baik mama" ujar Aulia sambil tersenyum.
Harith terus masuk ke dalam rumah itu dan menuju ke arah ruang tamu.Aulia berjalan bersama Datin Hafsya di belakang Harith.Dari jauh Aulia sudah boleh melihat susuk tubuh ayah dan ibunya yang sedang rancak berborak dengan Tuan Megat Mustafa.
"Ha...Aulia Harith sampai pun kamu berdua"ujar Tuan Megat Mustafa selepas melihat kedatangan mereka berdua.
"Kita dah boleh mula berbincang lah kalau macam ni"Ujar Dato'Hisyam.
"So let's get straight to the point...Kami cadang untuk buat majlis persandingan 1 minggu lagi" Tuan Megat Mustafa memberitahu Harith dan Aulia.
"Asal awal sangat papa"ujar Harith sambil mengerutkan dahinya.
"Awal apanya Harith ni dah kira lewat dah ni kalau ikutkan biasanya majlis persandingan selang beberapa hari jer lepas pernikahan.Lagi satu,lagi cepat lagi bagus.Kita kena announce jugak kamu punya perkahwinan ni secepat yang mungkin"
"Papa pun setuju dengan pendapat Megat" jawab Dato'Hisyam.
"Jadi dalam minggu ni kamu berdua kena lah pergi pilih baju pengantin and barang barang rumah all that untuk barang rumah kamu...seminggu ni kamu berdua memang akan sibuk memanjang " ujar Datin Hafsya pula.
"But ma Harith busy lah banyak kerja yang nak kena settlekan" Harith membantah.
"Betul tu mama Aulia pun ada banyak kerja" jawab Aulia berpihak kepada Harith.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...