BAB 21 (di edit)

14.5K 516 13
                                    

ARYAN menilik wajah lelaki yang baru sahaja melanggar adiknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARYAN menilik wajah lelaki yang baru sahaja melanggar adiknya itu. Lelaki itu sama tinggi dengannya lebih kurang 185 cm. Badan tegap dan segak memakai kot itu diperhati. Lelaki dihadapannya ini diselubungi aura dingin. Aryan hanya menatap mata si jejaka yang tersembunyi di sebalik kaca mata hitam itu. Seperti ada suasana pelik dan sesak yang menyelubungi mereka berdua.

"Harith.. Awak buat apa kat sini?" suara lunak Aulia memecahkan suasana yang agak sesak itu. Sebaik sahaja mendengar nama yang diujar Aulia, Aryan kembali memandang Harith. Kini senyuman senget terukir di bibirnya. 'so ni lah adik ipar aku yang selalu disebut sebut ibu tu?' gumam Aryan di dalam hati. Mata coklat madu itu ralit memandang Harith atas bawah.

Harith yang perasan akan Aryan yang sedang menelitinya atas bawah hanya membiarkan. Dia sudah terbiasa dengan pandangan seperti itu. Mata biru cair di sebalik kaca mata hitam itu menatap wajah polos Aulia yang kelihatan hairan dengan keberadaannya. Entah mengapa selepas melihat wajah polos itu hatinya kembali tenang.

"Aku ada appointment tadi kat sini" temberang Harith dengan wajah tidak beriak. Belum sempat Aulia membalas Aryan sudah bercakap dahulu.

"oh.. Awak rupanya Megat Harith.. Lia ada banyak cerita pasal awak dekat saya.. Perkenalkan dulu saya Aryan Danish" ujar Aryan dengan senyuman mesra namun senyuman itu tidak sampai ke matanya. Matanya tajam menatap mata Harith gaya mencabar. Tangan dihulurkan untuk berjabat tangan.

Wajah Harith yang pada asalnya tiada riak makin dingin selepas mendengar kata kata Aryan. 'apasal pulak jantan ni.. Seriously Aulia cerita pasal aku dekat jantan ni?! And asal mamat ni boleh panggil dia Lia.. Aku sendiri belum pernah panggil dia Lia! ' hatinya kembali bergelora melihat wajah lelaki di hadapannya yang seperti mencabar dirinya.

Walaupun hati rasa macam nak sepak jer mamat depannya ini, Harith tetap mengukir senyuman business nya 'fake smile' lalu menyambut tangan Aryan.

"Yes... I am Megat Harith..suami Aulia" ujar Harith acuh tak acuh. Tangan yang sedang bersalaman itu digenggam erat. Tangan kanannya pula melepaskan kaca mata hitam yang dipakai mendedahkan dua iris biru cair milik Harith. Dalam hati...

'Aku suami dia kau siapa?!' mata biru cair itu seakan-akan berkomunikasi dengan mata coklat madu Aryan.

Aryan tersenyum senget seperti mengejek Harith.

"Yer saya tahu... Korang baru kahwin kan? congrats! " ujar Aryan dengan senyumannya.

"tak sangka pula Lia 'saya' ni dah besar rupanya... Saya ingat lagi dulu dia selalu cakap yang dia nak 'kahwin' dengan saya.. Tapi nampaknya dia dah kahwin dulu dengan orang lain... Berkecai hati abang dengar Lia dah kahwin" perkataan 'saya' dan 'kahwin' sengaja ditekankan. Aryan memandang Aulia dengan mata redup. Tercengang Aulia melihat abangnya yang berkelakuan pelik itu.

'apa masalah homosapien ni?! Apasal dia ni.. Salah makan ubat ke.. Ke kena sampuk?!' bisik Aulia di dalam hati.

Senyuman Harith terkaku seketika tatkala mendengar kata kata Aryan. Giginya diketap seraya rahangnya bergerak gerak menahan amarah. Pikirannya cuba menahan amarah yang membuak-buak. Lelaki yang bergelar Aryan didepannya ini cukup mencabar egonya hari ini.

Senyuman masih lagi dikekalkan. Walaupun hati sudah bergelora riak wajah masih lagi dapat dikawal.

"tu lah kan.. Malangnya dah tak boleh buat apa apa kan.. Sebab Aulia dah jadi 'isteri' saya dulu" ujar Harith dengan senyuman sinis. Perkataan 'isteri' sengaja ditekankan.

Senyuman Aryan masih lagi kekal di wajah tampan itu. Aryan menoleh seketika ke arah Aulia. Wajah adiknya yang sudah jelas tercengang itu dipandang.
"Aulia abang nak cakap kejap dengan Harith, boleh tak Lia tinggalkan kitaorang kejap?" ujar Aryan lembut sambil tangannya naik mengusap lembut kepala Aulia yang berlapik tudung itu. Harith yang melihat aksi itu. Makin tidak keruan dia menahan rasa nak marah sekarang . Namun badannya masih lagi kaku tidak berkutik.

" Abang nak buat apa? " ujar Aulia sambil menjengilkan matanya.

"abang nak cakap kejap jer.. Men's talk so Lia tak boleh dengar" ujar Aryan masih lagi dengan nada lembut.

"ok lah.. Tapi abang jangan buat macam macam.. Lia tengok dari jauh tau!" ujar Aulia perlahan dengan nada tegas.

"yer yer.. Janji abang tak buat" Aryan tertawa kecil seraya menolak lembut badan Aulia pergi.

"ingat!" jerit Aulia sambil mata dikecilkan ke arah Aryan.

"iyer iyer.. Risau betulah dia ni" ujar Aryan dengan tawa kecil.

Harith hanya melihat aksi mesra itu dengan riak wajah dingin. Luar kelihatan dingin namun didalam hati sudah kepanasan.

Setelah melihat Aulia berlalu pergi. Aryan memandang Harith masih lagi dengan senyuman senget.

"susah betul nak suruh Aulia tu pergi dulu... Risau dia kalau saya terkena apa-apa" Aryan menggelengkan kepala lagak pasrah. Harith hanya membisu. Mukanya menatap wajah Aryan dengan muka tegang dan tidak berperasaan.

Melihat Harith yang kurang merespon kepada perlian dan cabarannya Aryan pun menapak langkah merapati Harith. Tangan kanannya menyentuh bahu kiri Harith. Kepala didekatkan kepada telinga Harith seraya bibir itu membisikkan sesuatu.

"Dia mungkin isteri kau.. Tetapi kau kena ingat hati dia bukan milik kau" ujar Aryan sinis sambil menepuk-nepuk bahu Harith seraya menjarakkan diri daripada Harith. Aryan hanya tersenyum puas memandang Harith yang sudah mati senyuman itu. Harith memberikan jelingan maut terhadap Aryan. Tangannya sudah mula dikepalkan menjadi penumbuk. Urat urat di kekura tangan mula timbul.

"who are you to her?" jelas dari nada suara beku dingin itu Harith sedang menahan amarahnya.

Aryan masih lagi menayangkan senyuman.

"I'm the man she loves the most" ujar Aryan dengan senyuman senget.

Seperti sesuatu terputus tatkala mendengar kata kata Aryan. Tangan kekar Harith tangkas menggenggam kolar baju Aryan. Harith menatap wajah Aryan dengan penuh amarah. Aryan pula menjongketkan keningnya tatkala melihat reaksi Harith.

"Why? Are you going to punch me?" tanya Aryan penuh sindiran.

"Are you mad that I made you realised the truth?" senyuman senget ditayangkan ke arah Harith. Harith masih lagi memandang Aryan penuh amarah.

"Let me tell you something... I don't care about the truth you're spouting.. What I know right now is Aulia is my wife and she's MINE!" Ujar Harith kasar seraya menolak badan Aryan kebelakang dengan kasar. Aryan jatuh ke lantai tatkala ditolak oleh Harith.

Aryan terduduk dilantai. Kepalanya ditundukkan. Harith hanya memandang dingin jejaka itu.

" HARITH?! "satu jerkahan menerpa gegendang telinga Harith dan Aryan.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now