BAB 12

15.9K 576 11
                                    

AULIA membuka matanya perlahan lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA membuka matanya perlahan lahan. Mata masih lagi kuyu akibat ngantuk. Bilik resort itu agak gelap hanya lampu tidur yang agak malap sahaja menerangi bilik itu. Dia mengosok mata perlahan ingin membuang rasa ngantuknya. Kini matanya sudah mula terbiasa dengan kegelapan dan hanya lampu malap itu. Retina matanya disapa dengan satu dada bidang. Aulia terkaku seketika melihat apa dihadapannya. Pikirannya masih terpinga-pinga kerana baru sahaja bangun. Dia mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat si empunya badan.

Kelihatan muka Harith yang sedang pulas tidur. Muka tegang dan bekunya tiada di riak wajah lelaki itu. Sekarang cuma ada ekspresi tenang dan lembut. Badannya membeku apabila Harith mengetatkan rangkulan tangan kekarnya di pinggang langsing Aulia. Aulia baru perasan yang mereka sekarang ini sedang berpelukan antara satu sama lain. Dia juga turut memeluk Harith seperti sedang memeluk bantal peluk. Kaki mereka juga sudah turut terpaut dan bersilang antara satu sama lain. Walaupun ini bukan kali pertama mereka berpelukan dalam tidur tetapi dada bidang Harith yang terdedah tanpa sebarang lapik atau baju itu sedang melekap rapat di badannya membuatkan Aulia tidak keruan.

Hati Aulia bagai terhenti seketika. Rasa nak pecah jantungnya melihat keadaan Harith saat ini. Muka sudah jelas kemerahan seperti tomato.

'Ya Allah.. Ujian keimanan apakah pagi pagi ni!' bisik Aulia di dalam hati.

Hatinya sedang berdegup kencang. Muka tampan suaminya ditatap seketika.

"Haishh.. Rules tak boleh pegang pegang ni memang tak boleh pakai" keluh Aulia perlahan. Tangan kecilnya cuba menolak perlahan dada bidang itu.'Tak kisah lah.. Dah halal dah pun'

Tangan kekar Harith yang merangkul pinggangnya turut dialihkan secara perlahan. Badannya perlahan lahan ingin keluar dari pelukan jejaka itu.

Baru sahaja Aulia mahu turun dari katil pinggangnya kembali dirangkul oleh tangan kekar lelaki itu dari belakang.

"ack!" Aulia terjerit perlahan apabila dia tiba tiba ditarik dari belakang. Harith mengetatkan rangkulan di pinggang Aulia dengan kedua dua tangannya.

"mm..." kedengaran suara Harith yang sedikit meracau akibat tidurnya diganggu.

Harith mengetatkan pelukannya. Mukanya disembam ke belakang tengkuk Aulia. Aulia dapat rasakan nafas hangat lelaki itu dibelakang tengkuknya. Meremang bulu romanya apabila nafas hangat itu menyentuh kulitnya. Makin berona merah pipi Aulia dibuatnya.

"H-Harith.." panggil Aulia perlahan cuba untuk membangunkan lelaki itu namun Harith tidak bangun malah dengkuran halus dapat didengari.

'ish.. Sedap jer dia tidur macam ni.. Lepas buat aku dah tak keruan kat sini!'bebel Aulia di dalam hati apabila mendengar dengkuran halus lelaki itu.

"Harith bangun" ujar Aulia sedikit kuat.

"mm" Harith makin merapatkan badan mereka.

"Megat Harith bin Megat Mustafa bangun!" ujar Aulia tegas.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now