BAB 6

15.5K 546 3
                                    

Aulia duduk bersahaja di laman rumah Tuan Megat dan datin Hafsya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aulia duduk bersahaja di laman rumah Tuan Megat dan datin Hafsya. Matanya melilau melihat pemandangan indah dekelilingi pokok pokok menghijau. Sejuk mata memandang.Rambut hitamnya jatuh di bahunya sehingga ke pinggang.Aulia tidak memakai tudung memandangkan di dalam rumah itu cuma ada tuan megat dan datin hafsya serta seorang pembantu rumah iaitu Mak Som.

Aulia menutup matanya seketika sebelum ditegur satu suara dari belakangnya.

"cantikkan pokok pokok yang mama tanam" kedengaran suara Datin Hafsya dari belakangnya.

Aulia segera menoleh ke belakang sebelum bibirnya mengukir satu senyuman.

"eh mama.. Mama yang tanam semua ni?" tanya Aulia dengan riak yang agak tidak percaya.

"mestilah.. Lia tak percaya?" tanya datin Hafsya dengan tawa kecil seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Aulia.

"tak lah bukan tak percaya.. Cuma banyak pokok ni lepastu semua cantik cantik.. Sedap mata lia memandang.. Lia kalau tanam pokok mesti tak menjadi." ujar Lia dengan senyuman.

"hahaha... Mama memang minat bercucuk tanam ni.. Memang hobi mama.. Mama suka tengok pokok yang mama jaga membesar lepastu menghasilkan bunga yang cantik" ujar Datin Hafysa dengan senyuman puas.

Lia hanya menggangguk dan senyum.

"mana Rith?" tanya Datin Hafsya secara tiba tiba.

"entah lah ma.. Tadi dia kata dia nak keluar kejap ada urusan.. Bila saya tanya nak pergi mana dia tak bagi tahu" Lia hanya mengangkat bahu dengan gaya dia tidak tahu.

"ish budak ni.. Pagi pagi dah tinggal isteri dia" Datin Hafsya hanya mampu menggeleng kepala dengan perangai anaknya itu.

"tak apa lah ma.. Dia sibuk kot ada hal mustahak lah tu" Aulia hanya tersenyum mendengar bebelan mak mentuanya.

Datin Hafsya hanya tersenyum lalu mencapai tangan Aulia lalu ditarik dengan lembut ke arahnya. Tangan Aulia yang lembut dan licin itu diusap lembut oleh Datin Hafsya.

"Aulia jangan risau yer.. Mama kenal anak mama tu macam mana.. Mama yakin yang korang berdua ni boleh bahagia.. Mama tahu yang Aulia mesti takutkan tiba tiba dikahwinkan dengan lelaki yang tak kenal?" Datin hafsya memandang Aulia dengan mata kuyu penuh kasih sayang. Aulia terkaku seketika sambil matanya menatap mata biru cair Datin Hafsya. Kalau ditengokkan balik Harith betul betul ikut ibunya dari segi rupa.

" sama macam pokok pokok dekat sini.. Mama jaga Harith dari kecil sampai lah besar cuba sedaya upaya untuk mendidik Harith dan membentuk dia jadi lelaki yang baik. Harith tu.. Perangai dia sebijik papa dia. Tegas ketat.. Dia tak suka luahkan perasaan atau tunjuk kelemahan dia depan orang yang dia tak rapat. Lia mungkin tengok Harith tu sentiasa beku dan tegang jer.. Tapi sekali dia dah sayang, manja dia tak boleh bawa bincang.. "Datin Hafsya tertawa kecil mengingat masa lalu. Aulia tergamam. Harith manja? Aulia cuba bayangkan tetapi dia memang tidak boleh bayangkan perkataan manja dengan seseorang yang bergelar Harith itu di letak di tempat yang sama.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now