BAB 65

8.4K 326 13
                                    

AULIA berlari laju kearah bilik air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA berlari laju kearah bilik air. Segala isi perut terkeluar tatkala rasa pening dan nak muntah menerpa dirinya.

"werghhh..."

Aulia membasuh mukanya selepas muntah. Wajah dilihat dari pantulan cermin. Bibir itu sudah pucat dan wajah Aulia sudah tidak bermaya.

"Ha.."

Aulia melepaskan keluhan berat. Makin menjadi-jadi morning sickness dia. Tangan naik mengusap perut.

"aduh... Baby.. Jangan lah buat mama cam ni.. Mama asik nak muntah jer dari tadi ni" ujar Aulia perlahan seraya menayangkan senyum tipis.

Dia berjalan keluar dari bilik air. Rasa pening menerpa dirinya. Aulia terus melabuhkan punggung di atas sofa. Aulia membaringkan badannya disitu seraya menutup mata. Tangan naik mengurut pelipisnya ingin mengurangkan rasa pening.

Tanpa disedari Aulia sudahpun tertidur kerana rasa pening dan penatnya. Tak lama selepas Aulia tertidur, Harith keluar dari biliknya ingin menuju kearah dapur. Namun langkahnya terhenti tatkala mata biru cair itu menangkap sosok Aulia yang sedang tertidur lena diatas sofa.

Harith merapati sofa itu. Dia menilik wajah Aulia lama. Wajah jelita itu menerpa pandangan Harith. Cincin di jari manis Aulia ditilik puas. Entah mengapa tatkala melihat Aulia hatinya rasa seperti lemas. Seperti kewujudan Aulia membuatkan dirinya rasa pelik. Dia tidak selesa dengan perasaan ini.

Harith terus berlalu pergi meninggalkan Aulia yang sedang tertidur itu.

* * * *

"awak jom makan sama sama.." pelawa Aulia lembut. Harith hanya mendiamkan diri. Wajah dingin ditayangkan.

"awak belum makan lagi kan.. Mesti awak lapar.. Jom lah makan." ujar Aulia lagi.

"aku tak lapar... Kau makan jer lah sorang." ujar Harith dingin.

Aulia terdiam seketika. "Tapi saya tak boleh makan sorang... Jom lah awak." pujuk Aulia.

Harith merengus kasar. "kau ni apasal mengada sangat! Makan jer lah! Sibuk nak ajak aku apasal! Kalau aku lapar aku makan lah nanti!" ujar Harith kasar seraya memboloskan diri kedalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

Bang!

Bahu Aulia terhinjut akibat bunyi yang kuat itu. Tubir mata sudah kembali dipenuhi dengan air. Aulia berjalan menuju kearah meja makan. Makanan sudah pun terhidang.

"yes... Aku tak boleh selalu macam ni... Aku kena belajar overcome benda tu.."ujar Aulia sambil cuba untuk menyeka air mata. Tangan itu menggigil-gigil cuba untuk menyuakan nasi kedalam mulut.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now