BAB 34

11.7K 418 7
                                    

JAM di dinding itu dikerling sekilas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JAM di dinding itu dikerling sekilas. Tertera di situ pukul 9.30 malam.

"hmm.. Harith kata dia nak balik pukul 7..ni dah kul 9 lebih tak kan tak balik balik lagi" Aulia mencebik. Telivision yang hidup itu hanya dibiarkan agar rumah itu tidak begitu sepi. Aulia membuang pandangan ke arah luar. Hari sudah pun malam dan gelap. Air jatuh menitik-nitik.

"Hujan?" Aulia mengorak langkah ke arah cermin kaca itu.

"Harap harap Harith balik cepat" gumam Aulia sendiri. Mata coklat madu hanya membuang pandangan keluar. Setelah beberapa saat mata itu kembali tertuju ke arah Television. Drama yang sedang dimainkan itu ditonton.

Hujan gerimis pada awalnya kian melebat. Aulia menoleh lagi sekali ke arah tingkap. Muka sudah berubah riak risau.

"tolonglah jangan ada petir" Aulia berdoa. Mata itu masih menatap tingkap.

Tiba-tiba....

Bang!

"Ahhhhh!" Aulia menjerit ketakutan tatkala bunyi dentuman guruh menerpa gegendang telinganya. Badan kecil itu serta merta meringkuk. Bunyi dentuman petir berkali kali menerpa gegendang telinga Aulia. Lampu tiba-tiba mati membuatkan Aulia lebih takut. Badan kecil itu sudah mula menggigil. Bibir terketar-ketar tatkala nafas cuba diatur.

"Ha-.. Harith" nama itu meniti dibibir tatkala bunyi dentuman guruh kembali menerpa pendengaran.

Bang!

"Arghhh!" tangan Aulia menggeletar. Tubir mata sudah bergenang dengan air mata. Tangan itu cuba mencapai telefon. Berketar-ketar tangan itu memegang telefon. Satu nombor terus didail. Telefon itu dilekapkan ke telinga.

"H-Harith... P-please... Tolong angkat.." ujar Aulia sambil terketar-ketar.

* * * *

Buk!

Satu badan jatuh terjelopok di lantai tatkala badan itu dicampak kasar oleh seseorang. Harith memandang dingin sahaja lelaki yang dilempar itu. Tangan itu naik menongkat dagu.

"Boss... ni broker yang bawak seludup dadah tu" ujar Sean.

Harith menilik wajah belumuran darah itu dengan pandangan dingin. Bibir naik mengukir senyuman sinis. Harith membongkok ke bawah lalu tangan kekar itu dengan kasar menarik rambut lelaki itu. Wajah belumuran darah itu menerpa pandangan Harith.

"bagitau aku... Siapa supplier dadah kau ni?" tanya Harith dingin.

"ha... Ha.. Ha.." lelaki itu tidak membalas. Cuma bunyi nafasnya yang lemah sahaja menerpa pendengaran Harith.

"you better tell me.. Lee Xiang" ujar Harith dingin.

Lelaki bernama Lee Xiang itu tiba-tiba meludah ke arah Harith namun dengan tangkas Harith mengelak.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now