BAB 35

13.2K 382 6
                                    

Mata yang pada awal terpejam rapat terbuka separa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata yang pada awal terpejam rapat terbuka separa. Suasana bilik gelap itu menerpa pandangan Aulia. Mata coklat madu itu meliar melihat kelilingnya.

"hm?" tangan cuba digerakkan namun hampa. Ada satu tali yang mengikat erat tangannya. Mata Aulia terbeliak tatkala mengingati kejadian sebelum dia jatuh pingsan. Hati berdetak laju tatkala perasaan gusar dan cemas menerpa diri.

'aku kena culik?!'

Tangan digerakkan cuba untuk melepaskan diri namun makin digerakkan makin sakit tangan itu. Aulia berdecit kecil. 'ibu dengan ayah mesti risau... Macam mana aku nak balik ni?' otak sudah mula memikirkan cara untuk keluar.

Mata melilau mencari sesuatu yang boleh digunakan namun hampa juga kerana bilik itu kosong. Sedang Aulia sibuk dengan cara cara mahu melarikan diri. Pintu kayu itu dibuka dari luar. Aulia memejamkan mata rapat tatkala cahaya tiba tiba menerpa matanya. 'silau!'.

"Boss! Dia dah bangun!" suara seorang lelaki menerpa pendengaran Aulia.

Mata coklat madu itu cuba dibiasakan dengan cahaya. Seorang lelaki berpakaian putih dan seluar jeans biru menerpa pandangan Aulia.

"Dia dah bangun?" ujar satu suara garau tatkala satu lelaki memakai hoodie hitam menerpa pandangan Aulia pula. Aulia hanya menatap kedua-dua lelaki dihadapannya dengan riak wajah terkejut dan takut. Mulut tidak dapat berkata kerana telah ditutup dengan solitip.

Lelaki yang memakai hoodie hitam itu tersenyum sinis lalu berjalan merapati tubuh Aulia. Tangan itu menggenggam kasar rahang Aulia lalu kepala itu didongakkan menghadapnya.

"weh.. Barang baik ni! Mata coklat terang.. Cantik! Mesti tinggi harga dia ni!" ujar lelaki itu dengan riak wajah teruja.

"hahaha.. Baguskan saya pilih boss!" ujar lelaki berpakaian putih itu dengan senyuman sumbing.

"heh.. Sekali sekala berguna jugak kau ni!" ujar lelaki ber hoodie itu dengan senyuman senget.

"mhm! Mhm!" Aulia cuba meronta ronta.

"boss.. Cuba boss bukak solitip tu.. Cantik au muka dia!" ujar lelaki berbaju putih.

Tangan lelaki berhoodie itu menarik kasar solitip di mulut Aulia.

Aulia memandang tajam kedua dua lelaki itu.

"pak cik.. Please.. Jangan jual saya! Bapak saya dato'. Pak cik boleh mintak tebusan... Saya yakin ayah saya akan bayar!" ujar Aulia dengan nada merayu. Lebih baik waktu waktu seperti ini dia memberitahu statusnya at least ayahnya  akan dapat tahu kedudukannya.

Lelaki berhoodie itu menjongketkan keningnya tatkala mendengar kata kata Aulia.

" anak dato'? "wajah itu jelas tidak percaya.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now