BAB 53

9.1K 293 6
                                    

KAKI melangkah masuk seraya tubuh seorang gadis tidak bertudung masuk ke dalam kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI melangkah masuk seraya tubuh seorang gadis tidak bertudung masuk ke dalam kelas. Senyuman mesra dan gembira ditayangkan tatkala dapat merasakan perhatian yang tertumpu padanya. Kaki melangkah menuju kehadapan kelas.

"murid baru!"

"oishh.. Perempuan lah!"

"dah pertengahan tahun ni pun ada murid baru?"

"hmm.. Boleh lah tahan lawa.."

Bunyi bisikan-bisikan itu melebarkan lagi senyuman dimuka. Mata itu memandang ke seluruh kelas dengan wajah yakin dan confident.

Seorang guru lelaki berkacamata memandang seisi kelas lalu suara yang tegas menerpa pendengaran semua murid di situ.

"Senyap!" ujar suara itu kuat dan tegas. Seisi kelas kembali sepi dan tidak bersuara. Mata itu mencerlung tajam setiap murid disitu seraya tangan naik membetulkan kaca mata.

"Hari ini kita ada murid baru... Najla, sila perkenalkan diri"

Najla masih lagi dengan senyuman. "Hai! Saya Najla Syahirah binti Saifullah... Saya berasal dari Selangor.. Selamat berkenalan!" ujarnya mesra. Mata coklat gelap itu meniliti setiap wajah murid murid disitu. Mata itu terhenti sesaat pada sosok tubuh seorang murid lelaki yang sedang duduk menghadap keluar tingkap. Murid lelaki itu seperti tidak ambil kisah akan kedatangannya.

"Najla... Kamu boleh duduk kat tempat yang kosong" ujar cikgu Borhan.

Najla berjalan menuju kearah satu meja kosong bersebelahan dengan seorang gadis bertudung dan berkacamata. Senyuman manis ditayangkan kepada gadis itu. Gadis itu turut membalas senyuman terhadap Najla.

Kelas disambungi seperti biasa.

Setibanya waktu rehat Najla dikerumuni ramai murid murid lain yang cuba untuk berkenalan. Seperti biasa, Najla menjawab mesra. Perwatakannya yang mesra dan senang untuk bercakap itu disukai ramai. Jadi, Najla dengan mudah membiasakan diri di sekolah baru itu.

* * * *

Mata coklat gelap itu melirik ke arah satu sosok tubuh yang duduk di bahagian belakang kelas dan bersebelahan dengan tingkap. Sudah sebulan berlalu namun Najla tidak pernah bercakap ataupun menegur lelaki itu. Dari hari pertama dia masuk sehingga lah sekarang lelaki itu tidak mengendahkan dirinya mahupun murid perempuan di kelas ini. Perlakuan lelaki itu menarik minat seorang Najla seraya satu senyuman manis terukir di bibir itu.

Wajah tampan si jejaka ditilik sekilas. Rambut coklat keperangan dan mata biru cair itu kelihatan amat menawan dan tertarik di mata Najla. Najla pernah bertanya rakannya siapakah lelaki itu pada awal persokalahannya di sini. Kata kawannya nama lelaki itu ialah Megat Harith. Dia memang macam tu... Dia tak suka dengan perempuan sangat katanya.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now