TATKALA melihat pintu yang telah tertutup rapat itu Harith terus memerhati setiap gerak geri lelaki-lelaki yang mengelilinginya. Badannya di dalam mode mempertahankan diri. Suasana tegang itu dipecahkan oleh suara Zackary yang menerpa pendengaran semua orang disitu.
"Shoot!"
Seraya suara itu mengarahkan, picu pistol terus ditarik serentak.
Bang!
Bang!
Bang!
Harith dengan tangkas mencangkung ke bawah. Peluru-peluru yang dilepaskan menerpa badan pihak lawan tatkala mereka saling menembak antara satu sama lain apabila Harith tiba-tiba menunduk. Beberapa badan jatuh rebah dilantai. Cecair merah itu membasahi lantai. Pistol dan dagger yang dicampaknya tadi diambil.
Harith dengan tangkas menyepak kuat kaki-kaki disitu membuatkan mereka terjatuh. Tembakan terus dilepaskan di kepala setiap mangsa. Badan Harith lincah menyelinap antara lelaki lelaki itu membunuh mereka satu persatu.
"sh*t!" mereka sudah mula ketakutan. Tiba-tiba sahaja tangan kekar Harith menarik kuat leher seorang lelaki. Lelaki-lelaki lain terus menghalakan pistol ke arah Harith lalu tembakan dilepaskan. Harith menggunakan badan itu sebagai pelindung.
"argh..." Harith mengerang kecil tatkala bahunya ditembusi peluru. Namun kecederaan itu tidak dapat menghalang ketangkasan Harith.
"wei.. Apasal dia skilled sangat!" ujar suara itu dengan nada ketakutan. Pistol itu dihalakan kemana-mana penuh waspada takut sahaja dirinya akan menjadi mangsa seterusnya.
Bang!
Bang!
Bang!
Badan lelaki tadi terus rebah ke lantai. Harith berdecit. Mata itu asik mencerlung ke arah pintu di mana Aulia dibawa pergi. 'aku kena cepat!' ujar Harith.
Bang!
Satu lagi tembakan terkena tepat di belakang Harith. Harith mengerang kecil tapi peluru itu hanya diendahkan. Tangan kekar itu terus menghalakan pistol ditangan lalu melepaskan beberapa tembakan membunuh beberapa orang sekaligus.
Sedang Harith sibuk mempertahankan diri tiba-tiba bunyi deruman enjin yang kuat menerpa pendengaran Harith.
Vroom!
Vroom!
Harith terus menoleh ke arah sumber bunyi itu. Senyuman senget terukir dibibir itu. "Sampai pun" gumam Harith perlahan. Tatkala kata-kata itu keluar dari bibir Harith tiba-tiba sahaja bunyi dentuman kuat dan kaca pecah menerpa pendengaran Harith. Bunyi jeritan orang juga dapat didengari.
Bunyi tapak kasut berlari menuju kearahnya kedengaran jelas. Pintu dimana dirinya masuk tadi dikuak kasar dari luar. Kelihatan beberapa orang lelaki di hadapan dan berpuluh-puluh orang di belakang mengikuti langkah mereka.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...