HARITH menoleh sekilas ke arah Aulia yang sedang membuang pandangan ke luar kereta. Muka masam mencuka itu ditatap. Wajah jelita si gadis membuatkan hatinya berdegup kencang.
Harith melepaskan keluhan kecil. Tatkala tangan kecil Aulia yang berada di ribanya itu digapai. Aulia terus menepis kuat.
"ish.. Apa ni?" ujar Aulia terkejut. Mana tak terkejut bila si jejaka tiba tiba mahu menyentuh tangannya.
"Kau merajuk lagi ke?" tanya Harith lembut. Kepala itu disandarkan di stereng kereta tatkala mata memerhati wajah jelita si isteri. Nasib baik sekarang dekat traffic light. Aulia hanya membisu. Mata masih lagi menghadap luar.
Harith mengeluh kecil selepas melihat kebisuan si isteri.
"so kat mana kau nak jumpa client kau?" tanya Harith. Kaki sudah menekan pedal minyak tatkala lampu isyarat menunjukkan warna hijau.
Sepi..
Masih lagi tiada jawapan.
"kalau kau tak jawab... aku bawak kau pergi tempat ikut suka hati aku. " ugut Harith.
Aulia merengus kasar.
"Heritage Condominium... Hantar saya kat situ" ujar Aulia acuh tak acuh.
Harith tersenyum tatkala mendengar kata kata Aulia. "kan senang kalau dari awal kau cakap". Harith menekan pedal minyak seraya kereta Lamborghini Ruvuelto hitam itu meluncur laju di jalan raya.
* * * *
Kereta Harith masuk ke dalam perkarangan condominium itu. Mata Aulia ralit memerhati bangunan dihadapannya. Harith memandu kereta itu menuju ke arah tempat letak kereta. Kereta Lamborghini itu diparkir cantik ditempat letak kereta. Selepas kereta itu berhenti Aulia mahu membuka seat belt nya tapi tangan Harith lebih laju tolong membuka seat belt itu. Aulia hanya memandang dingin wajah Harith. Harith kembali mengangkat kepalanya lalu satu senyuman manis terukir di bibir.
"you are welcome" ujar Harith walaupun Aulia tidak mengucapkan terima kasih. Aulia tidak membalas. Baru sahaja dia mahu keluar Harith bersuara.
"wait here" tangan itu terhenti tatkala Harith membuka pintunya lalu berlari anak menuju ke arah pintu Aulia. Pintu Aulia di buka dari luar.
"off you go princess" ujar Harith dengan senyuman manis lagak gentleman. Aulia terkaku seketika. Kakinya dikeluarkan dan badannya memboloskan diri dari kereta Harith. Harith hanya tersenyum melihat wajah tidak beriak Aulia.
Aulia menapak keluar, laju sahaja langkahnya menuju masuk ke dalam condominium itu. Harith turut menyusuli dari belakang. Langkah Aulia terhenti, satu kerutan di dahi muncul tatkala matanya tajam mencerlung ke arah Harith yang mengikutinya.
"Apasal awak ikut saya?" nada itu jelas tidak senang. Harith hanya tersenyum senget.
"kan aku dah cakap... Aku apply cuti hari ni jadi hari ni aku akan jadi kau punya assistant sepanjang hari." jelas Harith. Tercengang Aulia mendengar kata kata Harith.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...