BAB 51

10.9K 367 6
                                    

PINTU utama dibuka tatkala dua sosok tubuh kelihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU utama dibuka tatkala dua sosok tubuh kelihatan. Seorang gadis dan lagi seorang ialah jejaka. Aulia menapak langkah masuk ke dalam rumah. Kaki itu terus melangkah ke arah sofa. Punggung dihenyakkan disitu.

"haaa... Rasa macam dah lama betul tak balik rumah" ujar Aulia sambil memejam kan mata. Harith yang melihat gelagat Aulia hanya mengorak senyuman.

"haah... Dah lama kita tak balik sini" ujar Harith lalu meletakkan beg baju ke dalam bilik. Aulia memandang keliling. Rumah itu masih sama. Satu senyuman terukir di bibir.

"abang... Abang lapar tak?" tanya Aulia.

"hm..lapar juga, kenapa nak order makanan ke?" tanya Harith seraya tangan itu memeluk leher Aulia dari belakang. Badannya berdiri di belakang sofa di mana Aulia duduk.

"sayang rasa.. Sayang nak masak lah" ujar Aulia lalu menoleh ke arah Harith.

Harith menjongketkan kening tatkala mendengar itu. "Sayang nak masak untuk abang?" jelas dari riak muka Harith sedang teruja. Aulia mengangguk lantas badan itu bangun.

"sayang nak masak apa?" tanya Harith sambil mengekori langkah Aulia ke arah dapur.

"hm.. Entah.. Abang nak makan apa? Sayang masakkan."ujar Aulia sambil menayangkan senyuman.

Harith tersenyum suka tatkala mendengar ujaran Aulia." hmm... Abang tak kisah, janji air tangan sayang... Abang makan jer" ujar Harith dengan senyumannya.

"ish.. Abang cakap jer lah... Abang nak makan apa?" Aulia mencebik.

"ok lah ok lah.. Kalau cam tu abang nak makan ayam paprik boleh?" mata itu dikedipkan ke arah Aulia. Aulia tertawa suka.

"Boleh jer! Biar sayang masakkan!" ujar Aulia confident. Harith tersenyum. Aulia melangkah ke arah peti sejuk manakala Harith setia berada di belakang Aulia. Buka sahaja peti sejuk Aulia tercengang.

"Abanggg!" panggil Aulia.

"yer sayang.. Kenapa?!" tanya Harith risau.

Aulia menoleh ke arah Harith. Mulut itu dicebikkan. "bahan bahan tak ada lah bang! Peti sejuk ni kosong..." ujar Aulia dengan muka cemberut. Peti sejuk itu dibuka luas supaya Harith dapat melihat.

Peti sejuk yang kosong, bersih, suci murni itu menerpa pandangan Harith. "habistu.. Sayang nak order ke?" tanya Harith.

"tapi sayang nak masakkan abang..." ujar Aulia agak kecewa.

"kita pergi beli bahan dulu nak tak?" pelawa Harith. Aulia tersenyum suka tatkala mendengar itu namun senyumnya kembali memudar tatkala mengingati sesuatu.

"abang boleh tahan ke? Mesti abang dah lapar.." ujar Aulia muka itu sudah cemberut.

Harith tertawa kecil tatkala melihat wajah cemberut Aulia. Dalam pandangannya Aulia kelihatan sangat comel sekarang. "abang belom lapar sangat lah.. Dah jom.. Kita pergi cari bahan eh" ujar Harith seraya mengucup pipi Aulia sekilas. Muka itu berona merah tatkala dikucup Harith. Harith yang melihat itu tersenyum suka.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now