BAB 20

14K 478 4
                                    

HARITH bangun daripada tempat duduknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARITH bangun daripada tempat duduknya. Handphone berjenama iPhone ditangan dikerling sekilas. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah hari. Pikirannya tiba tiba mengingati isterinya yang sedang duduk di rumah.

"Dia boleh lunch sorang sorang ke?" ujar Harith perlahan sambil tangan membuka aplikasi whatsapp. Tertera nama si isteri di dalam log contact nya.

'Aulia Humaira'

Tangan menekan nama itu. Jari sudah berada di papan kekunci.

'nak tanya ke tak ni eh?' termenung Harith sendirian sambil memikirkan hendak menaip apa.

Dia menaip beberapa perkataan namun dipadam. Perkara ini berulang berkali-kali. Setelah beberapa minit Harith menekan butang send.

You: Kau nak aku balik tak lunch ni?

Harith memandang mesej yang dihantarnya. "ahh.. Boleh lah ni" ujar Harith pada diri sendiri. Setelah beberapa minit menatap skrin telefonnya. Tertera di bawah nama Aulia. 'Aulia is typing'  Harith terus membetulkan duduknya seraya mata masih lagi ralit memerhati telefon di tangan.

Aulia: Tak pe.. Saya nak keluar jadi awak lunch jer lah dekat tempat kerja.

Terangkat kening kanan Harith tatkala menerima balasan dari si gadis. Tangkas sahaja Harith menaip.

You: dengan siapa?

Jari dihentakkan berkali kali di atas meja sambil menunggu balasan Aulia.

Aulia: Dengan abang Aryan... So nanti saya balik lambat sikit.

Berkerut dahi Harith selepas menerima balasan dari Aulia.

"Abang Aryan... Siapa tu?" gumam Harith perlahan. Nama Aryan itu begitu asing didengari. Dia tidak pernah mendengar Aulia bercakap apa apa tentang lelaki bernama Aryan itu. Setahu dia Aulia hanya memilik dua abang sahaja. Itupun dia telah berjumpa dengan mereka berdua. Mana datang Abang Aryan ni pula...entah mengapa hatinya berasa agak panas. Tali leher itu ditarik sedikit biar longgar.

Hentakkan jari Harith di atas meja itu makin rancak.

"nak tanya ke tak ah?" Harith berfikir.

"tak ke nampak menyibuk sangat kalau aku tanya dia" gumam Harith perlahan. Selepas berfikir sejenak. Jari jemari Harith bergerak menaip sesuatu.

You: ok

Jawapan ringkas itu dipandang sekilas.

"Dah lah.. Kalau dia nak keluar dengan lelaki lain pun bukan masalah aku" ujar Harith dingin. Badan ditolak untuk berdiri. Baru sahaja dia berdiri pintu biliknya diketuk perlahan. Harith berkerut dahi. Dah lah mood dia agak tidak baik sekarang ini, ada sahaja orang yang mahu mengacau

"come in" nada dingin itu dilontarkan. Sebaik sahaja Harith berkata tombol pintu itu dipulas lalu sosok tubuh seorang lelaki berpakaian kot hitam dengan tali leher biru gelap menyapa mata Harith.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now