BAB 9

16.6K 542 3
                                    

AULIA memandang pantulan dirinya di cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA memandang pantulan dirinya di cermin. Kelihatan seorang gadis yang mengenakan dress putih labuh. Wedding dress yang dipakainya kelihatan begitu cantik dan indah. Dihiasi dengan laces juga batu permata dan manik manik kecil. Tudung pula digayakan dengan bawal putih yang terlilit cantik di kepala.

Kulit putih gebu itu ditatap lama. Bibir merah jambu dan juga bulu mata lentik. Mata coklat madu gadis itu menambahkan lagi seri diwajahnya. Gadis itu kelihatan anggun menawan mengenakan baju pengantinya itu. Ayu sudah tidak usah dikatakan.

Matanya beralih memerhati keadaan di luar hotel melalui tingkap besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Matanya beralih memerhati keadaan di luar hotel melalui tingkap besar. Kelihatan banyak kereta-kereta mewah masuk di perkarangan hotel. Tanpa sedar Aulia menggigit bibir bawahnya. Hatinya berasa gugup. Majlis persandingan dia dan Megat Harith akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Hatinya berduka dan sedih apabila mengingati nasibnya yang perlu dikahwinkan dengan orang yang tidak dikenali. Gengaman di jambangan bunga di tangan di eratkan. Hatinya sungguh tidak rela tapi apakan daya seorang Aulia untuk melawan ketentuan ibu dan ayahnya. Sudah terlanjur lagi. Akad nikah pun sudah diucapkan.

"ha..." keluhan berat dilepaskan sambil memandang keluar tingkap.

Tok..

Tok..

Tok..

Pintu bilik itu diketuk perlahan. Aulia terus merapati pintu itu.

"yer?" ujar Aulia.

"abang ni.. bukak pintu" ujar satu suara garau dari sebalik pintu itu.

"oh.. Abang rupanya " kata Aulia. Terukir senyuman di bibir apabila mengetahui siapa gerangan di sebalik pintu. Pintu bilik hotel itu dipulas perlahan. Retina mata Aulia disapa oleh sosok tubuh seorang lelaki tinggi yang mengenakan baju melayu biru pekat.

"Oh.. Abang long.. Buat apa cari Lia?" tanya Lia apabila melihat abang sulungnya itu.

Abang sulungnya Aydan Ryaz menilik riak wajah Aulia dengan teliti. Mata bewarna coklat madu itu memerhati Aulia.

"abang? Abang kenapa pandang Lia macam tu?" tanya Aulia sambil menyengetkan sikit kepalanya memandang abangnya.

Aydan terus menarik adiknya kedalam pelukan. Tangannya mengusap lembut kepala adiknya.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now