BAB 48

11.2K 416 4
                                    

MATA biru cair itu ralit memerhati si gadis yang sedang memotong buah epal disebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA biru cair itu ralit memerhati si gadis yang sedang memotong buah epal disebelah. Wajah mulus itu ditilik puas. Selesai sahaja memotong buah epal itu, Aulia terus menoleh ke arah Harith.

"abang nak?" tanya Aulia sambil menghulurkan buah epal itu kepada Harith. Harith tersenyum tatkala melihat itu.

"aaahh" mulut sengaja dibuka. Aulia tertawa kecil tatkala melihat itu. Dia turut mengulum satu senyuman. Aulia bangun lalu buah epal itu disuakan ke dalam mulut Harith.

Harith tersenyum lebar. Buah epal itu dikunyah perlahan. Aulia hanya menayangkan sengih seraya tangan itu menyuakan buah epal ke dalam mulut.

"sayang... Sayang okay?" tanya Harith lembut. Mata biru cair itu memerhati setiap ekspresi Aulia. Aulia terkaku seketika tatkala mendengar pertanyaan itu. Lantas dengan itu, tawa kecil kecil dilepaskan lalu satu senyuman terukir di bibir mungil itu.

"apa yang tak ok nya? Sayang cuma ada luka kecik jer... Abang tu ha yang tak ok."ujar Aulia dengan tawa kecilnya.

Harith tidak berkata apa-apa. Mata itu memerhati setiap gerak geri Aulia. Agak jelas di matanya Aulia cuma berpura-pura ok. Segala yang berlaku pada Aulia sebelum ini bermain di benak fikirannya.

"sayang sini jap" panggil Harith lembut.

"yer? Abang nak Lia amikkan apa apa ke?" tanya Aulia penuh prihatin.

"sini jer... Rapat sikit" ujar Harith.

Aulia hanya menuruti walaupun masih lagi hairan. Sampai sahaja tepat ditepi Harith. Tangannya terus ditarik oleh Harith.

"ah!" Aulia terjerit kecil tatkala tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan Harith. Badan kecil itu jatuh di dalam dakapan itu. "abang! Tak sakit ke?!" tanya Aulia khawatir. Badan itu cuba dilepaskan daripada dakapan Harith.

"shh... Duduk jer macam ni kejap... Kalau sayang meronta-ronta lagi sakit abang tau" ujar Harith perlahan. Pergerakan Aulia terus terhenti tatkala mendengar itu. Harith tersenyum lebar apabila dapat merasakan badan Aulia berhenti bergerak.

Tangan itu naik mengusap lembut kepala Aulia seraya muka itu disembamkan di leher jinjang Aulia. Aulia hanya diam tatkala Harith mengeratkan lagi pelukannya. Hanya tangan sahaja menepuk perlahan belakang badan Harith.

"abang dah kenapa ni?" tanya Aulia lembut namun hanya dibalas dengan "Hm.." dari Harith.

Harith makin mengetatkan pelukan mereka seperti tidak mahu lepas. Bau wangian Aulia menerpa hidungnya membuatkan dia rasa lebih tenang. Hanya bunyi detakan jantung dan nafas mereka berdua sahaja dapat didengari di dalam bilik itu.

Mereka hanya duduk dalam keadaan begitu tidak bergerak selama beberapa minit namun selepas itu suara Aulia kedengaran memecahkan suasana sepi tadi.

"abang?" panggil Aulia perlahan.

"mhm.." ringkas sahaja jawapan yang diberikan.

"ermm.. Berapa lama kita nak duduk macam ni? Kalau doktor masuk macam mana?" tanya Aulia.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now