BANG!
Bunyi lepasan peluru yang kuat itu menerpa pendengaran semua orang disitu.
"aahhhh!" suara jeritan Aulia juga turut didengari. Badan Harith terus membatu tatkala bunyi tembakan itu dilepaskan. Mata hazel itu memandang dingin wajah Harith. Pistol itu tepat dihalakan ke arah Harith. Seorang lelaki yang berada dibelakang Harith terus rebah tatkala cecair merah mula mengalir dari badan itu. Harith hanya memandang dingin wajah Zackary
Pistol itu kembali dihalakan ke kepala Aulia. "you move again and she will really die" ujar suara itu dingin.
Harith terus menghentikan langkah. Tangan dikepalkan kuat. "what do you really want Zackary?!" lantang Harith berkata.
"stay there and don't move.. You move she dies" ujar Zackary tanpa secalit senyuman. Zackary menolak kasar badan Aulia dengan menggunakan pistol itu. "Diri!" arah Zackary dingin. Badan Aulia masih menggigil ketakutan. Zackary berdecit, tangan itu terus menarik lengan Aulia dengan kasar.
"Kau nak bawak dia pergi mana?!" jerit Harith.
Zackary tersenyum sinis. "Jalan!" arah Zackary sambil menolak kasar badan Aulia menggunakan pistol. Aulia terpaksa akur tatkala badan itu ditolak-tolak. Harith hanya mampu memerhati kelakuan itu dengan tangan yang sudah dikepalkan. Rasa marah dan benci membuak-buak di kalbunya.
"Jangan gerak" ujar Zackary sekali lagi kepada Harith. Harith mengetap bibir. Zackary menolak badan Aulia keluar dari bilik itu. Pintu terus ditutup rapat.
"k-kau.. Kau nak bawak aku pergi mana?" tanya Aulia tatkala badannya sudah keluar dari bilik itu. Sekarang di dalam bilik tadi hanya ada Harith dan konco-konco Zackary.
Pistol yang dihalakan ke kepala Aulia diturunkan. "shoot" arah Zackary kepada lelaki lelaki di dalam dengan senyuman lebar.
Tiba-tiba bunyi tembakan pistol bertubi-tubi dan bunyi aksi tembak-menembak menerpa gegendang telinga Aulia.
Bang!
Bang!
Bang!
Mata coklat madu itu meluas tatkala mendengar itu. Tangan makin berketar hebat. Air mata kembali jatuh tiada henti. Aulia terus berlari ingin menuju ke arah pintu itu.
"HARITH!!" jerit Aulia kuat tatkala kaki itu berlari menuju ke arah pintu itu. Tetapi belum sempat Aulia mencapai pintu itu tangannya direntap kasar oleh seseorang.
"Sini!" arah Zackary sambil menarik kasar lengan Aulia. Aulia meronta-ronta. Matanya sudah lama kabur. Jantung itu bagaikan jatuh tatkala memikirkan Harith. Aulia terasa amat sesak didada. Tangisannya makin lebat.
"Harith!... Arghhhh... Harith!" nama itu dipanggil sambil meraung-raung namun badannya masih lagi diheret oleh Zackary. Hati bagaikan berkecai. Badan kecil itu hanya mahu rebah. 'Harith?... Please... Jangan tinggalkan aku' getus Aulia di dalam hati. Dada terasa sesak. Sesak yang amat.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...