MATA biru cair itu meliar mencari sosok tubuh seseorang. Wajah dingin tidak beriak ditayangkan. Kerumunan orang dihadapannya ditilik dingin. Mata itu ralit memerhati setiap wajah yang keluar. Tangan kekar itu naik memeluk tubuh. Mata masih lagi melilau.. Badan terkaku seraya mata biru cair itu terpaku pada sosok tubuh seseorang. Bagaikan masa dilambatkan muka mulus itu mengulum senyuman manis tatkala mata bundar itu bertantangan dengan mata biru cair milik si jejaka. Tangan putih gebu itu diangkat ke udara seraya melambai ke arah Harith. Mata biru cair itu terpaku kepada sosok tubuh si gadis. Kulit putih bagaikan porcelain dan mata coklat madu yang kelihatan menawan itu menerpa pandangan Harith. Jantungnya berhenti berdetak tatkala si gadis berjalan menuju kearah nya dengan senyuman manis.
Degupan jantung laju yang tidak pernah dirasa mula menerpa badan Harith. Jantung itu bagaikan ingin meletup. Satu perasaan pelik yang kian timbul selepas bertemu Aulia dirasa lagi oleh Harith. Muka dingin itu bagaikan cair tatkala satu senyuman kecil ditayangkan.
'now I know what this feeling are...' bisik Harith di dalam hati. Kaki itu mula mengorak langkah menuju ke arah Aulia.
"Harith!" seru Aulia dengan senyumannya. Harith memandang lembut wajah isterinya. Tangan kasar itu terus memegang tangan si isteri.
"kau nak makan apa?" tanya Harith.
"saya tak kisah.. Saya ikut awak" ujar Aulia. Harith mengiring Aulia menuju ke keretanya.
"betul ke tak kisah? Kalau saya ajak awak makan katak rebus awak nak?" senyuman senget ditayangkan ke arah Aulia. Geli geleman Aulia tatkala membayangkan katak rebus.
"ishhh.. Awak ni jangan main main boleh tak!" Aulia menepuk lengan kekar Harith. Harith tertawa tatkala melihat muka cemberut Aulia.
"so kau nak makan apa.. Cepat cakap.. Kalau tak aku bawak kau makan katak rebus" ujar Harith dengan senyuman senget.
"ish dia ni! Dah lah.. Jom makan kat kedai depan tu jer" ujar Aulia geram. Harith tertawa sekali lagi. Suka betul mengusik Aulia. Harith membuka pintu sebelah pemandu untuk Aulia setelah sampai di keretanya. Aulia memboloskan diri ke dalam perut kereta. Harith terus masuk ke dalam kereta selepas Aulia masuk.
Aulia mengerling sekilas ke arah Harith yang duduk di seat pemandu. Wajah dari tepi Harith itu ditatap seketika. Senyuman kecil terukir di bibir tatkala tangan kekar itu mencapai tangannya lalu digenggam lembut.
"awak memang suka pegang tangan eh?" ujar Aulia sambil tertawa kecil.
"dengan kau jer" ujar Harith selamba. Muka Aulia mula berona merah tatkala mendengar jawapan Harith.
"I see" gumam Aulia perlahan. Muka itu tidak boleh menahan hujung bibir yang mula ternaik. Aulia memusingkan muka ke arah tingkap. Harith hanya tersenyum senget melihat gelagat Aulia yang cuba menyembunyikan senyum.
"why.. you like it?" suara garau itu menerpa pendengaran Aulia dengan nada mengusik. Aulia tidak menjawab buat-buat tak dengar pertanyaan Harith. Harith tersenyum senget.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...