BAB 13

15.6K 523 7
                                    

HARITH terbaring di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARITH terbaring di atas katil. Matanya memandang pintu bilik itu. Kelibat Aulia yang sudah tidak keterlihatan itu bermain di kepalanya. Dia terus menolak badannya untuk duduk. Dia duduk di atas katil sambil matanya termenung memandang pintu.

"Haishhh!" keluhnya gaya orang yang sedang kusut kepala. Tangannya pula sudah menyerabaikan rambut yang memang sudah serabai itu. Harith bangun dari tempat perbaringannya menuju ke arah bilik mandi.

****

Selesai sahaja mandi Harith mengambil baju kemeja hitam dan seluar slack bewarna khaki.

Selesai sahaja memakai baju. Cologne kegemarannya disembur di bahagian leher dan pergelangan tangan. Tidak lupa juga dengan jam tangannya. Harith terus memboloskan diri dari dalam bilik resort itu selepas selesai bersiap.

Kaki panjangnya mengorak langkah ke arah cafeteria. Dia tahu tempat berdekatan untuk bersarapan adalah di cafeteria. Tanpa berfikir panjang Harith menuju ke arah cafeteria.

Sampai sahaja di cafeteria matanya melilau mencari kelibat seseorang. Wajah orang orang disitu diteliti satu persatu.

"mana Aulia ni?" gumam Harith perlahan. Matanya masih lagi meliar mencari kelibat si gadis.

Akhirnya matanya menangkap kelibat seorang gadis bertudung di bahagian hujung cafeteria tersebut. Dia mengorak langkah ke arah gadis tersebut. Matanya ralit memandang si gadis yang sedang menunduk.

Harith melihat Aulia hairan.Mengapa gadis itu menundukkan kepalanya sebegitu?

Mata Harith yang masih lagi tertumpu ke arah Aulia melihat tetesan air berjatuhan dari muka si gadis. Tangan Aulia yang memegang garfu itu juga turut terketar-ketar. Harith terkaku seketika melihat keadaan Aulia. Tanpa disedari dia menyeru nama Aulia.

"AULIA!" Harith melihat Aulia yang mengangkat kepalanya memandang ke arah dia. Alangkah terkejutnya Harith melihat muka Aulia yang sudah merah dan pipi yang sudah basah dengan air mata. Bibirnya pula kelihatan pucat. Harith berlari menuju ke arah Aulia.

Tangannya menyentuh pipi si gadis yang basah terkena air mata. Aulia memandang Harith masih lagi tercungap cungap.

"H-Harith?" ujar gadis itu lemah dengan suara terketar-ketar. Luluh jantung Harith melihat keadaan Aulia yang seperti itu. Harith menarik badan Aulia ke dalam pelukannya.

"yer.. Aku kat sini" ujar Harith sambil mengusap-usap lembut belakang badan gadis itu. Hatinya bedebar debar seperti ditusuk tusuk melihat keadaan gadis itu yang lemah. Dia tidak pernah melihat gadis itu seperti itu. Keadaan gadis itu seperti seseorang yang trauma... Adakah Aulia mengalami satu kejadian buruk? Entah mengapa Harith dapat merasakan perasaan perit di dalam hatinya bila memmikirkan Aulia pernah mengalami pengalaman teruk sehingga membuatkan gadis itu trauma. Gadis itu kelihatan normal sahaja sebelum ini seperti seorang gadis yang hidup disayangi dan jauh dari sebarang bahaya namun anggapannya salah.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now